Dulu berangan hendak bina rumah besar dua tingkat 6 bilik tidur dan 4 bilik air, emaklah orang yang kuat menghalang. Katanya tua esok-esok rumah akan kosong.
Semua kita impikan untuk anak-anak dengan harapan anak akan balik duduk dengan kita, tapi sangkaan kita meleset kerama anak-anak bila dah besar semuanya ada rumah sendiri.
Begitulah dilema yang dihadapi oleh seorang pengguna Facebook, Farizal Radzali yang ingin memilik rumah yang besar namun atas nasihat maknya dia lupakan hasrat itu.
Ikuti coretan beliau yang boleh dijadikan pedoman ramai.
Masa baru kahwin dulu, masih muda, duduk dekat rumah teres. Simpan impian nak duduk kat rumah lot. Kononnya ada tanah, boleh bercucuk tanam.
Bila dah dapat tanah, masa tengah buat pelan rumah, kononnya nak buat rumah dua tingkat, ala-ala banglo. Tengok rumah orang besar, macam seronok je. Hajat hati nak buat 6 bilik tidur 4 bilik air. Bilik anak-anak 4, bilik kita laki bini 1, lagi 1 bilik tetamu, kononnya lah. Ada juga hati nak buat bilik solat.
Dari lakaran pelan tu, tanya-tanya kontraktor, nilainya RM300,000 ke atas juga masa tu. Buat pinjaman, ansuran bank lebih kurang RM2,500 sebulan selama 30 tahun. Ini kos 7 tahun lepas ye. Bukan kos sekarang.
Tapi mak pesan, tak payah lah buat rumah besar-besar, nanti kos pun jadi besar. Banyak lagi duit nak guna pakai untuk perkara lebih penting.
Sekarang ini anak-anak masih kecil, kos hidup belum tinggi. Kamu pun muda lagi, masih kuat ada tenaga nak turun naik tangga, nak bersihkan rumah semua. Rumah ni makin besar, makin banyak kita isi. Sama je sempitnya nanti.
Lagi 1, sekarang iyelah anak kamu duduk sekali. Nanti dia orang dah besar, kamu makin tua. Anak-anak dah ada rumah sendiri, kamu tinggal berdua je.
Ha, kamu tengok dia, dia tgk kamu. Masing-masing lutut dah lenguh. Rumah berhutan bersawang. Nak harap siapa kemas rumah yang besar-besar tu?
Mak kata, dah tua nnti, biarlah kita fikir bekalan akhirat, bukan sibuk nak jaga rumah, fikir nak cari duit, sampai umur berapa pinjaman tak habis-habis. Tenang-tenang je dah.
Masa tu rasa geram juga kat mak, kenapa lah mak tak bagi sokongan langsung. Orang ada impian, nak rumah banglo, nak bercucuk tanam kat keliling rumah.
Nak lawan cakap mak, takut durhaka. Lalu terbinalah rumah setingkat, 4 bilik tidur, 2 bilik air sahaja. Nilai binaan baru RM128,000 je. Bayaran ansuran pun tak sampai RM1,000 sebulan.
Ish ish ish…
Sekarang bila usia dah makin meninggi, anak-anak semakin membesar, kata-kata mak jadi kenyataan. Nasib baik ikut cakap mak.
Konon nak bercucuk tanam, tapi balik kerja terus kalut hal dalam rumah nak masak bagai, badan pun dah letih seharian kerja.
Hari cuti takdan nak tengok luar rumah sbb kerja dalam rumah pun tak habis-habis. Akhirnya tak payah pun bercucuk tanam, rumput lalang tu dah boleh tumbuh sendiri.
Bilik anak-anak dah mula kosong. Yang balik kolej, yang balik asrama.
Kudrat dah makin kurang. Puluhan tahun berlalu, pelbagai perkara terjadi. Yang kemalangan, kaki dah tak kuat, yang jatuh, lutut dah selalu sakit.
Rumah setingkat pun rasa macam bertingkat-tingkat. Dari dapur ke depan pun kena berhenti kat R&R. Hahahah…
Ramai kawan-kawan seusia saya yang punya rumah besar tanpa orabg gaji, dah mula rasa penat turun naik tangga.
Ada yang kata tingkat atas tu hanya dinaiki sebulan sekali je. Barang tak penting je letak tingkat atas, barang penting, kegunaan hari-hari semua kat tingkat bawah. Sebab tak lalu turun naik tangga.
Dulu nak rumah besar, sekarang rasanya biarlah rumah keci.
Dulu nak rumah yang ada tanah, boleh bercucuk tanam, sekarang rasanya nak duduk rumah teres je, dah tentu tak ada rumput & lalang untuk ditebang.
Kita tak nampak masa depan sebab kita belum sampai sana. Tapi mak ayah kita dah tahu sebab mereka dah lalui & rasai.
Baca juga: Syarikat ini keluarkan pelekat jerawat bentuk lipas – “Hati-hati pakai, risau orang lempang”