Sering dikenali dengan gaya pakaian unik dan warna terang, ramai terkejut melihat keadaan terkini pelakon veteran.
Pelakon yang selalu muncul dalam drama dan filem pada awal tahun 2000, Jaafar Onn kini mengakui kesihatannya merosot.
Menurut Harian Metro, Jaafar dikatakan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sejak enam bulan lalu.
Tambahnya kakinya semakin membengkak dan melecet, selain sudah setahun tidak dapat bekerja.
Walaupun dalam keadaan sebegitu, ia tidak melemahkan semangtnya untuk terus menghiasi industri seni tanah air.
“Walaupun sudah enam bulan menggunakan kerusi roda, saya masih menunggu tawaran bekerja. Ada juga dapat tawaran penggambaran drama walaupun dalam keadaan perlu bersabar.
“Kalau ada produksi yang mahukan khidmat, jangan risau hendak panggil, saya terima dengan hati terbuka. Sampaikan Raja Azura kata tak apa, dia boleh tolak kalau saya berkerusi roda pun asalkan dapat berlakon.
“Jiwa saya jiwa seni, mana mampu pergi mana lagi. Kalau betul tak mampu saya tak mahu menyusahkan orang lain,” katanya.
Dalam pada itu pelakon ‘Aku No. 1’ itu juga bersyukur kerana masih ada yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan kepadanya.
“Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan datang menziarahi,” katanya.
Sementara itu, anak angkatnya, Hanif Hashim memaklumkan, kesihatan Jaafar mula merosot sejak Oktober tahun lalu selepas dimasukkan ke Hospital Serdang akibat kesukaran bernafas.
“Dia agak uzur sekarang dan tak boleh urus diri sendiri, saya yang kena uruskan. Di rumah, dia akan pakai lampin pakai buang sebab hendak ke bilik air agak susah.
“Kalau hendak bangun, kaki dia tak kuat dan kena papah. Cuma dalam seminggu ini selepas makan ubat keadaan dia sudah nampak baik sikit,” katanya.
Baca juga: Ditawarkan RM150 untuk ‘shooting’ 4 hari, pelakon veteran luah rasa kecewa dengan industri seni