Malaysia Dateline

“Dulu gelakkan ayah pakai kancil 660, bulan lepas kereta H dia kena tarik tak bayar”-Dunia ini berputar

Seorang ayah berjanji pada dirinya mahu mendidik anak-anaknya agar tidak gelakkan orang lain atas kelemahan yang dimiliki kerana dunia ini berputar seperti roda.

Ada kala kita berada di atas dan ada kala kita berada di bawah kerana kita ketawa atau gelakkan seseorang yang jatuh tidak akan menjadikan kedudukan kita lebih tinggi.

Pengguna Facebook Azizul Zairi menitipkan kisahnya bagaimana seorang kawan yang selalu gelakkan dirinya akhirnya tidak kemana-mana pun.

Besar nanti ayah nak ajar abang ngah jangan suka gelakkan orang.

Dulu masa ayah asik lompat kerja sana sini berhenti, kawan ayah suka gelakkan ayah. Tapi hari ini kawan tu pm tepi tanya tempat ayah ada kerja kosong tak. Kuli pun takpelah janji ada kerja masa sesak sekarang ni.

Dulu masa ayah kahwin lewat 3 tahun daripada dia, dia gelakkan ayah. Hari ini dia masih belum dikurniakan zuriat tapi ayah sudah 3 cahaya mata.

Dulu masa ayah balik lewat malam training sana sini dikata takde life tapi semalam dia wasap tanya kerja part time apa yang boleh buat sebab dah diberhentikan kerja 2 bulan.

Dulu dia gelakkan ayah pakai kancil 660 warna cat lusuh pulak tu tapi bulan lepas kereta H dia baru je kena tarik sebab tak bayar berbulan.

Dulu ayah duduk menyewa pun digelakkan kaw-kaw tanpa belas kesian tapi bulan ni rumah dia kena lelong. Hutang tertunggak berapa lama tu ayah tak tahu.

Duhai kawan-kawan yang saya hormati, dunia ini berputar sama macam kedudukan kita. Ketawakan dan gelakkan orang yang jatuh tak menjadikan kita lebih tinggi.

Hari esok kita tak tahu nak jadi apa. Bahasa melayu cakap kita bukan dalam kasut yang sama. Ada kasut tak basuh berbulan, ada kasut masih bau kedai.

Semoga semua kawan-kawan dimurahkan rezeki hendaknya. Aaaminnn.

Baca juga: Titah Agong susulan pembubaran Parlimen oleh PM ‘sangat makan dalam senak rusuk kena tumbuk’

Baca juga: “Bukan budak biasa dik, boleh masuk World of Record!” – Netizen