Siapa sangka bisnes yang bermula dengan menjual ikan kering, sayuran dan mi tetapi sekarang sudah menjadi konglomerat gah di peringkat antarabangsa.
Firma gergasi Samsung Group merupakan terbesar dalam kalangan konglomerat kawalan keluarga dikenali sebagai chaebols yang menguasai perniagaan dalam ekonomi ke-11 terbesar dunia.
Syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu melalui syarikat utamanya, Samsung Electronics menjadi pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar dunia.
Ikuti catatan NORIZAN SHARIF mengenai sejarah kebangkitan gergasi pengeluar telefon bimbit yang mengaut keuntungan mencecah trilion won iaitu berbilion ringgit setahun ini:
Encik Lee Byung-chul (gambar di depan, sewaktu kanak-kanak) memulakan bisnes dengan modal KRW30,000 atau USD$27 pada tahun 1938.
Jumlah itu bersamaan dengan USD$570 atau RM2,500 pada hari ini.
Dia menjalankan bisnes kedai runcit dan trading ikan kering, sayur dan mi di Taegu, sebuah bandar di Korea.
Selepas itu, bisnes Encik Lee Byung-chul berkembang kepada penapisan gula dan pengilangan kain.
Kilang kain dia terbesar di Korea ketika itu.
Bisnes Encik Lee Byung-chul seterusnya melimpah kepada insuran, saham dan peruncitan.
Sekitar 1960-an, syarikat itu menceburi industri elektronik dan telekomunikasi.
Encik Lee Byung-Chul meninggal dunia pada 1987 tatkala berusia 77 tahun. Anaknya, Lee Kun-hee mengambilalih bisnes itu.
Samsung, syarikat yang diasaskan oleh Encik Lee Byung-Chul dan bermula dengan kedai runcit menjual ikan kering, sayur dan mi, mencatat jualan USD$232 billion pada tahun 2021.
Samsung kini ada 287,000 staf di seluruh dunia.
Baca juga Didakwa terima ugutan bunuh – Wartawan pro LGBTQ mati di Qatar