Dulu kami dihalau, dihalang, kata Adun Perling

Dulu kami dihalau, dihalang, kata Adun Perling

Berikutan dengan pengiktirafan terhadap Ketua Pembangkang dalam sidang Dewan Negeri (Dun) Johor beberapa hari yang lalu, ia menimbulkan reaksi dari Ahli Dewan Negeri (Adun) di dalam dewan.

Antara yang kemukakan pandangan adalah Adun dari Perling, YB Cheo Yee How yang menyatakan pandangan keberuntungan Ketua Pembangkang hari ini.

Beliau menjelaskan perkara tersebut sewaktu perbahasan di dalam dewan yang memasuki hari kelima semalam.

“Zaman kita menjadi pembangkang sebelum ini, kita nak buat sidang media pun adakalanya dihalau oleh pengawal dan kita tidak ada ruang.

“Jadi saya ingin mengucapkan syabaslah kepada kita (kerajaan) kerana mengiktiraf serta memberi ruang yang seluasnya kepada pembangkang hari ini.

“Kenyataan ini bukanlah meminta pembangkang untuk berterima kasih kepada kita kerana ini merupakan hak Adun pembangkang di dalam dewan ini,” ujar beliau.

Cheo memberi respon tersebut selepas terdapat pertikaikan dari Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohammad yang sebelum ini mendakwa kerajaan masih tidak ikhlas terhadap pembangkang.

Dalam pada masa yang sama Cheo juga mengajak agar pembangkang untuk memberikan penghargaan sebenarnya kepada rakyat.

“Sebenarnya penghargaan harus diberikan kepada rakyat kerana rakyatlah yang memulangkan semula hak bersuara bagi pembangkang dengan memilih kami sebagai kerajaan.

“Harapan saya adalah untuk melihat pembangkang akan memainkan peranan yang penting di dalam dewan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan Johor dari Pakatan Harapan (PH) yang baik,” YB Cheo Yee How.

Dalam perbahasan berkenaan, beliau juga turut mengajak Adun dari pembangkang memberikan khidmat terbaik kepada negeri Johor untuk mampu membangun bersama dengan rakyat di negeri ini.

CATEGORIES
TAGS