Dulu mereka cium tangan Tun Dr Mahathir, kata Mahfuz

Dulu mereka cium tangan Tun Dr Mahathir, kata Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar

Datuk Mahfuz Omar

Sebahagian besar pimpinan Umno yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad  sekarang termasuk menuduh kononnya sebagai punca kepada segala masalah Malaysia dahulunya begitu patuh pada calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap ‘yes bos’ mereka menjadikan apa sahaja dilakukan Tun Mahathir diterima sepenuhnya tanpa bantahan.

Sebaliknya, tindakan atau polisi Dr Mahathir hari ini dianggap salah hanya kerana tokoh berkenaan di pihak PH.

“Ini beza kepimpinan PH dengan kepimpinan Umno. Kepimpinan Umno waktu Tun jadi bos mereka, semua betul. Sekarang bila Tun tak jadi bos dan lawan mereka, (Umno tuduh) Tun buat salah.

“Kepimpinan PH dulu waktu Tun jadi perdana menteri, kita lawan Tun pada waktu itu. Tapi hari ini apabila Tun berada di jalan yang betul untuk menolak segala kemungkaran yang dilakukan kerajaan pada hari ini, kita mempertahankan Tun,” ujarnya.

Berpidato pada Ceramah Perdana bertemakan Muafakat Rakyat di Taman Sri Hanneco, Semenyih malam tadi, Mahfuz mempersoal apa tindakan mereka terbabit ketika berada dalam kepimpinan Tun Mahathir.

“Pemimpin Umno yang ada pada hari ini sebahagian besarnya juga ada pada zaman Tun jadi perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib.

“Apa Najib dan pemimpin-pemimpin kanan Umno sekarang ini buat sewaktu mereka berada dalam Kabinet dan majlis kepimpinan tertinggi Umno?

“Mereka ada peluang untuk bantah apa sahaja perjanjian yang menyusahkan rakyat dan menyebabkan beban ekonomi kepada rakyat.

“Mereka dulu berpeluang untuk memperbetul apaa saja kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Tun pada waktu itu. Tapi mereka tidak ambil kesempatan hanya semata-mata kerana takut.

“Waktu itu mereka semua cium tangan Tun Dr Mahathir. Bila depan Mahathir ini (jadi) ‘yes bos’.

“Begitu takut dengan Tun bahkan dengan Najib pun, ‘yes sir’. Pemimpin Umno takut. Inilah masalahnya,” bidas Mahfuz lagi.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
6 user votes x 9.2
CATEGORIES
TAGS