Dulu pemain lincah JDT, Gopi kini berniaga air balang di bazar Ramadan

Oleh KIM SYAZIE

Bekas pemain bola sepak Malaysia, Gopi Rizqi mencuri perhatian ramai selepas dia terlihat sedang berniaga di sebuah bazar Ramadan di Pontian, Johor.

Perkembangan bekas pemain Sri Pahang FC itu dimuat naik laman Facebook Harimau Malaya.

Gopi Rizqi kini difahamkan aktif berniaga, mencari rezeki melalui perniagaan kecil-kecilan di bazar tersebut.

“Bekas sayap lincah, Gopi Rizqi (R.Gopinathan) pun berniaga air balang sempena bulan puasa ni. Confirm padu!

“Orang orang sekitar Kampung Api api, Pontian Johor..
Jom serbu ramai ramai!,” tulis laman itu.

Untuk info, pemain berusia 35 tahun itu merupakan antara pemain sayap terbaik kelahiran Pahang dalam sejarah sehingga diburu beberapa kelab besar termasuklah Johor Darul Ta’zim (JDT).

Gopi Rizqi merupakan aset penting di sebelah kiri Pahang dari 2010 sehingga musim 2015, dan berpindah ke Selangor setahun kemudian, disusuli Selangor (2016), JDT (2017), Melaka United (2018) serta PDRM FC pada 2019. 

Baca juga: Pengusaha kantin berusia 60 tahun tergamak cabul budak Darjah 1, beri upah RM12