Malaysia Dateline

Dulu prihatin tapi kenapa hari ini Malaysia membisu dalam pembelaan kezaliman minoriti muslim?

Pendirian Malaysia untuk berkecuali dalam cadangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk bahas isu pelanggaran hak asasi manusia ke atas puak Muslim Uighur oleh Negara China amat mendukacitkan dan memalukan Negara.

Sementara negara lain seperti Turki, Britain, Norway dan Australia di antara pihak menjadi penaja- sponsor cadangan tersebut, Malaysia negara majoriti Muslim berkecuali tidak menyokong siasatan atas tuduhan kezaliman atas pihak minoriti saudara Islam Uighur kita.

Mengelar diri kerajaan Melayu- Islam yang di terajui Pas dan Umno, pendirian Malaysia makin ketara amat lemah dalam isu isu pembelaan minoriti Muslim di Uighur dan juga di Palestin.

Cadangan di PBB untuk mula menyiasat secara rasmi dahulu tuduhan kezaliman yang amat lama berkumandang, di mana Malaysia dahulu pernah melindungi pelarian Uighur dari di hantar pulang ke China atas kebimbangan keselamatan serta hak asasi mereka.

Dulu prihatin tapi kenapa hari ini Malaysia membisu dalam pembelaan kezaliman minoriti muslim?

Kenapa sekarang ini Malaysia tidak lagi prihatin dan membela siasatan kezaliman ke atas minoriti Uighur yang makin luas dan jelas laouran penindasan dan penderitaan mereka?

Adakah faktor perdagangan-komersial mengatasi isu hak asasi penderitaan minoriti sesama Islam oleh sebuah kuasa besar ?

Malaysia, yang kononnya kerajaan Melayu Islam, makin tidak istiqamah serta lemah dalam pembelaan umat Islam minoriti yang di zalimi apabila melibatkan kepentingan perdagangan kewangan dan kuasa besar seperti Negara China, Amerika dan Israel.

Baru baru ini semasa rakyat Palestin dan Masjidil Al Aqsa di cerobohi oleh Israel dengan sokongan Amerika, Malaysia menyertai dan mempromosi Expo Dubai bersama Israel- Amerika dimana Palestin telah menarek diri.

Kerajaan Malaysia hari ini sanggup meninggalkan dan mengorbankan saudara minoriti Islam di China dan Palestin yang tertindas demi perniagaan dan pengaruh kuasa besar.

Apakah polisi serta hala tuju Malaysia di pentas dunia antarabangsa dalam isu hak asasi manusia kaum minoriti yang amat kabur dan tiada roh pembelaan kelihatan ?

Apakah sumbangan atau peranan Duta Khas ke Timur Tengah- Abdul Hadi Awang, yang tidak langsung kedengaran suara atau teguran isu Palestin dan Israel ?

Malaysia akan terus menjadi tidak relevan lagi seperti dahulu di kalangan komuniti dunia dan negara negara Islam dengan sikap membisu dan tiada pendirian.

Keputusan “berkecuali” Malaysia dalam tuntutan untuk di adakan siasatan PBB atas kezaliman ke atas kaum minoriti Islam Uighur, yang lama sudah bergema di seluruh dunia, adalah sama dengan menutup mata, mulut dan telinga atas kezaliman atas sesama saudara Islam minoriti dan menafikan pembelaan.

Apa kata Perdana Menteri kerajaan Melayu Islam dan apa pendiriaan Menteri Agama dan Duta Khas yang kedua dua nya dari PAS ?

Adakah kerajaan Malaysia merestui kezaliman keatas umat Islam minoriti di biarkan serta di tutup tampa siasatan dan pembelaan ?

Baca juga: Dipecat sebab dakwaan dadah bekas polis amuk bunuh 23 kanak-kanak, isteri sebelum tembak diri sendiri

Baca juga: Piala Dunia 2022 bakal jadi kejohanan terakhir Messi