Rupa cantik tak menjamin masa depan yang cerah jika tiada perancangan sejak awal tentang kerjaya.
Pernah memenangi pertandingan Miss Hong Kong pada tahun 2001, Shirley Yeung mula mendapat perhatian sebelum hilang dari radar pada tahun 2019.
Kini Yeung selesa melakukan siaran langsung menjual barang di media sosial demi kelangsungan hidup dan menyara dua anaknya lapor The Star.
Wanita berusia 46 tahun itu kerap memuat naik content di Douyin (satu aplikasi seperti TikTok) memaparkan kehidupan biasanya.
Kebanyakan kandungan yang dimuat naik termasuk vlog perjalanan, tutorial memasak, menyanyikan semula lagu dan banyak lagi.
Turut dilaporkan bahawa bekas bintang TVB itu mengendalikan siaran langsung di mana dia dilihat menjual kuali menggoreng.
Artikel dari media Hong Kong juga menunjukkan bahawa Yeung pernah mengenakan bayaran 1,200 yuan (RM730) untuk mesej langsung dengan orang ramai.
Ramai netizen telah menyatakan sokongan mereka kepada Yeung, meninggalkan komen-komen yang menggalakkan dan mengharapkan kejayaannya dalam usaha barunya.
Ada juga yang menyatakan bahawa pelakon itu sering melakukan siaran langsung hingga awal pagi untuk menyara dua orang anaknya.
“Tiada yang salah dengan bekerja keras. Siapa yang tidak bekerja keras untuk mencari rezeki?
“Anda boleh buat banyak dari penstriman langsung. Saya benar-benar mengagumi Shirley,” antara komen pengguna Weibo.
Baca juga: “Bagi infak sana sini tapi…”, bekas pekerja dakwa Pak Mat Western liat bayar gaji?