Dulu tak merasa ada majlis, Datuk Red kasihan dekat Adira kalau kali ini nikah sorok-sorok

Oleh KIM SYAZIE

Umum tahu, penyanyi Adira sebelum ini berkahwin senyap-senyap dengan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 2015.

Selepas pasangan itu bercerai dan dikhabarkan bakal rujuk semula, ramai pengikut tertanya-tanya mengenai perancangan Datuk Red untuk menikahi Adira buat kali kedua.

Dalam satu siaran di TikTok, Datuk Red memberi bayangan kemungkinan majlis resepsi akan diadakan sebagai memenuhi impian Adira untuk mempunyai momen majlis pernikahan.

“Insya-Allah. Saya ada suarakan dekat Adira (bernikah), tapi dia kata hari itu bernikah pun sorok-sorok. Takkanlah nikah kali ini nak sorok-sorok juga?

“Bagilah ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata,” katanya.

Usahawan berusia 46 tahun itu berkata, dia kasihan dengan Adira dan berharap orang ramai mendoakan agar impian Adira dapat ditunaikan.

“Kasihankanlah dia. Jadi saya mahu menunaikan permintaannya itu. Minta doakan saya ya,” ujarnya.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan semangat selain meluahkan rasa tidak sabar melihat pasangan ini kembali bersatu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan mendoakan Datuk Red serta Adira dapat bersatu semula secepat mungkin.

Ramai tidak sabar melihat pasangan terbabit naik pelamin sekali gus kembali hidup bersama selepas enam bulan bercerai.

“Semoga Adira sihat, panjang umur dan ada jodoh semula dengan Datuk Red,” kata pengikutnya.

Insya-Allah, dipermudahkan segalanya syukur alhamdulillah,” tulis seorang netizen.

Datuk Red menjadikan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Begitupun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Baca juga: Rupanya senang nak buat pes Thai Chili, rasa sama macam dekat kedai tomyam!