Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mendapat perhatian ramai apabila memilih Ira Kazar sebagai model tudung terbarunya.
Sebelum ini netizen mengecam hebat tindakannya mengambil Mira yang tular selepas dikatakan merampas suami orang.
Kini muncul pula isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar yang dikatakan selangkah lagi untuk menjadi model.
Menerusi TikTok BeautifulNara, terlihat Aliff Syukri merakam dirinya ketika satu penggambaran untuk koleksi tudungnya.
Terlihat Ira Kazar sedang menggayakan tudung sambil memegang sejambak muka mungkin sebagai prop dalam gambar tersebut.
Rata-rata netizen sudah tidak ambil pusing mengenai Aliff Syukri yang sering mencari kontroversi.
“Hari tu dia ambil Mira View Chin, sekarang Ira Kazar. Ikut suka kamulah datuk.
“Maaf tak teringin nak beli, selama ini beli juga tapi lepas ini dah tak lagi.
“Hari itu dengan si tangga, sekarang dengan stokin bola pula.
“Pandai cari orang untuk beli. Tapi rasanya kalau inilah modelnya. Takut orang boikot je datuk,” antara komen netizen di TikTok.
Baca juga: Marketing murahan, netizen ‘unfollow’ Aliff Syukri lepas ambil Mira jadi model tudung