Dun Maharani semarakkan merdeka

Dun Maharani semarakkan merdeka
Norhayati Bachok (kanan) sedang memasang bendera di salah satu teksi dalam program 'Maharani Kibar Jalur Gemilang'

Dun Maharani telah mengadakan program ‘Maharani Kibar Jalur Gemilang’ sempena Hari Kebangsaan ke 62 tahun sebagai tanda semangat cintakan tanah air.

Menurut Adunnya, Nor Hayati Bachok, sebanyak 7000 bendera pelbagai saiz telah diedar kan kepada orang awam di DUN berkenaan.

Beliau berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan Sambutan hari Kebangsaan serta menanamkan kecintaan pada negara yang bakal menjelang pada 31 Ogos yang akan datang.

“Jika boleh kita mahu menghiasi bandar Maharani ini dengan kibaran jalur gemilang dan ia sekaligus mempamerkan rasa semangat cintakan negara.

“Selain itu kami telah memberikan sebanyak 3000 bendera kepada kenderaan di Maharani terutamanya teksi dan pengangkutan awam yang lain.

“Kita juga telah mengagihkan sebanyak 2000 bendera kepada murid sekolah-sekolah sasaran kita dalam program berkenaan.

“Saya merasakan program ini amatlah baik kerana selain memupuk semangat cinta pada negara kita juga secara langsung dapat memberikan khidmat kepada negara dengan publisiti terhadap bendera kebanggaan kita,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pada masa yang sama, pihak dari PH Kawasan Muar turut terbabit dalam bersama dalam program berkenaan.

Antara susunan program yang diadakan adalah edaran bendera pada kenderaan di tempat awam, penyerahan bendera kepada ketua-ketua kampung serta pimpinan kawasan dan beberapa agensi kerajaan yang berada di sekitar Muar, Johor.