Malaysia Dateline

Dun Rantau bukan lagi kerusi keramat BN, kata Adun Suka Menanti

Senario politik yang amat jauh berbeza kini belum tentu kerusi keramat Umn0-BN di Rantau akan dapat dikekalkan dalam Pilihan Raya Kecil (Dun) Rantau yang akan diadakan pada 13 April depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Suka Menanti,, Zamri Yusuf berkata, sebelum pilihan raya umum (PRU) ke 14, Umno tidak berani berdepan secara langsung dengan Pakatan Harapan (PH).

“Ini terbukti apabila Umno dan BN hilang kuasa di Negeri Sembilan serta Putrajaya.

“Melihat kepada perubahan yang telah berlaku di negeri tersebut tatkala ini, ia tidak lagi mampu berpihak kepada Umno dan BN.

“Saya optimis kerusi Dun Rantau tidak lagi akan menjadi kerusi keramat buat Umno dan BN menjelang pilihan raya kecil (PRK) kali ini, ” ujar beliau.

Katanya lagi, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan, bukan lagi orang yang sama seperti sebelum PRU ke 14 yang berkuasa di Negeri Sembilan.

“PRK Dun Rantau akan dimanfaatkan peluang ini semaksima mungkin oleh pengundi Rantau untuk memilih sendiri wakil rakyat PH yang dinafikan kuasa pilihan pada PRU14 yang lalu.

“Pengundi Dun Rantau pastinya akan bersama kali ini dengan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat bagi membawa perubahan menyeluruh walaupun pada rentak yang agak sederhana.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencaturkan keputusan yang strategik bagi memberi cabaran terbaik bagi PRK Dun Rantau kali ini, ” tegas beliau lagi.

Tambah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga itu lagi,,  PH akan berusaha sedaya mungkin dan bekerja keras kali ini bagi memastikan kemenangan dalam PRK Rantau.

Semalam Presiden PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kembali nama Dr S Stream untuk bertanding di kerusi Rantau. Beliau dijangka akan berdepan dengan penyandang tiga penggal Datuk Seri Mohamad Hassan.