Dun Sabah lulus rang undang-undang tambah 13 kerusi

Dun Sabah lulus rang undang-undang tambah 13 kerusi

Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini meluluskan dua rang undang-undang yang akan menyaksikan peningkatan dalam bilangan kerusi pilihan raya negeri daripada 60 kepada 73, lapor Bernama.

Menurut laporan berita lain, daripada 55 Adun yang mengundi, hanya tiga – Dr Roland Chia (Inamam), Terrence Siambun (Moyog) dan Chan Foong Hin (Sri Tanjung) – menentang.

Adun Likas Junz Wong memilih untuk berkecuali manakala Adun Lahad Datu, Mohd Yusof Apdal tidak hadir semasa pengundian, lapor Malay Mail Online.

Kali terakhir persempadanan semula Sabah diadakan adalah pada tahun 2003.

TAGS