Dun Seri Setia: Tahap peduli politik orang Melayu tinggi, kata Annuar

Dun Seri Setia: Tahap peduli politik orang Melayu tinggi, kata Annuar

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa kepedulian pengundi Melayu memperlihatkan tahap yang tinggi di dalam PRK kali ini dengan memberikan sokongan kepada calon Pas apabila calon Pas, Dr Halimah Ali mendapat undi sekali ganda berbanding PRU ke 14 sebelum ini.

Belia berkata, keputusan pilihan raya kecil Dun Seri Setia memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi masalah sokongan daripada pengundi kaum Cina yang dilihat tidak kisah untuk mempertahankan kerajaan PH walaupun penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat seruan khas kepada golongan itu untuk keluar mengundi.

“Saya kira tahap kepedulian yang tinggi di kalangan pengundi Melayu yang diperlihatkan dalam PRK Dun Seri Setia ini adalah kerana orang Melayu hari ini sedar bahawa golongan mana yang teraniaya di bawah pemerintahan kerajaan PH hari ini.

“Pegawai kerajaan yang dibuang kerja dan cemuh itu dari golongan itu siapa? Peneroka Felda yang tertipu itu siapa? Nelayan yang teraniaya itu siapa? Rakyat yang kena SST itu siapa?

“Mereka yang dijanjikan dengan janji pembayaran PTPTN yang tidak dikotakan itu, Raja yang dihina itu Raja siapa, bahasa yang dipersenda itu bahasa siapa?

“Dan status peribumi yang dikatakan sebagai pendatang itu terkena pada siapa? Dan agama yang dihina itu agama siapa? Orang Melayu sudah sedar semua itu,” ujarnya dalam status terbaru entri beliau melalui facebook rasminya.

Katanya lagi, ada pihak yang satu lagi berpuas hati dengan tidak mengindahkan seruan mengundi kerana bagi mereka apa-apa keputusan PRK Dun Seri Setia tidak akan mampu merubah keadaan.

“Kini sebahagian pihak berpuas hati kerana apabila tiada GST, mereka yang untung. Sistem cukai yang lemah, mereka juga yang untung. Pengiktirafan UEC, mereka untung. Pemberian tanah selama 999 tahun, mereka terus mendapat untung.

“Adanya tender terbuka mereka untung. Harga naik mereka untung. Jawatan dalam kabinet mereka untung. Parti lain berpecah mereka juga mendapat,” jelasnya.

Justeru, kata Annuar, pola jumlah pengundian yang diperlihatkan kali ini sebenarnya adalah mengikut tahap kepuasan masing-masing atau kelompok tertentu.

“Bolehlah kita semua mula merenung ke hadapan untuk kita memilih jalan seterusnya.” ujarnya.

Calon Pas bagi PRK Dun Seri Setia, Dr. Halimah Ali tewas kepada calon PH, Halimey Abu Bakar dengan majoriti 4,027 undi.

Bagaimanapun, jumlah majoriti yang diperolehi Halimey itu jauh berbeza dengan majoriti diperoleh penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin iaitu 29,250 undi pada  PRU-14 lalu.

Pada PRK Dun Seri Setia daripada 53,492 pemilih berdaftar melihat kepada komposisi kaum, 54.02% pengundi berdaftar di Dun itu terdiri daripada orang Melayu, 24.34% India dan 19.75% pengundi Cina.

Dun Balakong mempunyai 62,219 hampir 60.8% daripada jumlah pengundi di Balakong ialah kaum Cina diikuti pengundi Melayu (29.3%) dan India (8.9%). Kaum lain mewakili hampir satu peratus daripada kesemua pengundi yang didaftarkan.

Bagaimanapun daripada keputusan di dua kawasan PRK itu menunjukkan jumlah keluar mengundi merosot  dibawah 50% berbanding PRK Dun Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote