Dun  Sungai Dua diyakini akan dirampas PH, kata pemimpin Amanah

Dun Sungai Dua diyakini akan dirampas PH, kata pemimpin Amanah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

AMANAH kawasan Tasek Gelugor optimis Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang yang besar bagi merampas kembali kerusi yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Keyakinan ini dizahirkan oleh Naib Ketua AMANAH kawasan Tasek Gelugor, Rosli Hasan (gambar atas). berdasarkan kepada senario politik terkini, adalah diyakini rakyat khususnya pengundi-pengundi yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, sudah bosan dengan kerenah politik Umno dan BN dalam kawasan Dun tersebut.

“AMANAHTasek Gelugor telah memnggerakkan jentera turun padang bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk yang memerlukan.

“Dengan kerjasama kerajaan negeri, banyak masalah rakyat telah pun berjaya diselesaikan.

“Ini termasuklah menyelesaikan masalah pelajar miskin dan ibu tunggal serta anak yatim dalam kawasan ini, ” ujarnya.

Rosli Hassan (kanan) bersama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika menyampaika bantuan dalam program Jelajah Desa di Tasek Gelugor, kelmarin.

Selain itu katanya, AMANAH Tasek Gelugor juga telah banyak membantu warga emas yang tidak diberi perhatian.

Malah ujarnya, pelbagai program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sehingga ini telah mampu untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh majoriti rakyat dalam kawasan Tasek Gelugor.

“AMANAH Tasek Gelugor turut membantu dengan meningkatkan jumlah warga emas yang layak untuk menerima sumbangan sebanyak RM100 secara tahunan oleh kerajaan negeri.

“Bagi program pelajar emas yang berada dalam tahun satu dan tahun empat serta tingkatan satu dan tingkatan empat kita turut memastikan mereka mendapat sumbangan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

“Manakala bagi program bayi emas yang diperuntukkan sebanyak RM200 oleh kerajaan negeri merupakan salah satu program yang tidak pernah dilaksanakan semasa BN memerintah dahulu di Pulau Pinang, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu katanya AMANAHTasek Gelugor juga membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah untuk mendapat sumbangan secara bulanan dari kerajaan negeri melalui program Agenda Ekonomi Saksama.

Jelasnya lagi, melalui program ini kerajaan negeri akan ‘top up’ secara bulanan ke dalam akaun keluarga miskin tersebut bagi memastikan kos sara hidup mereka dapat berada dalam keadaan yang stabil.

Beliau juga berkata, AMANAH mampu untuk merampas kerusi Dun Sungai Dua yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum ke 13 yang lalu.

“Dalam pilihan raya umum 2013, BN hanya mampu memperolehi majoriti tipis sebanyak 357 undi bagi kerusi Dun Sungai Dua dalam pertandingan dua penjuru.

“Dalam senario politik terkini, AMANAH dan PH mempunyai peluang yang besar untuk meraih sokongan pengundi setelah banyak program turun padang yang dilaksanakan.

“Amanah bukan saja akan mampu menawan kerusi Sungai Dua, tetapi juga kerusi Dun Permatang Berangan dan Parlimen Tasek Gelugor bersama-sama dengan gerak kerja PH, ” tambahnya lagi.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS