Dunia perbankan pernah alami krisis kewangan, wajarkah pertahan amalan beri pinjam tanpa cagaran?

Oleh KIM SYAZIE

Isu syarikat perjudian Genting Hong Kong yang bankrap menjadi berita hangat di negara ini. Rakyat agak marah pada gomen.

Syarikat judi yang menjalankan operasi judi di kapal-kapal mewah itu dilaporkan telah menfailkan apa yang dalam undang-undang dipanggil petisyen penggulungan syarikat (a winding up/liquidation of company).

Media seluruh dunia melaporkan syarikat judi yang mana pengerusinya dan CEO adalah rakyat Malaysia telah memfailkan ‘a provisional liquidation’ di Mahkamah Agong Bermuda. Kenapa di Bermuda? Sebab Genting Hong Kong ditubuhkan (incorporated) di Bermuda.

Dalam pemfailan petisyen penggulungan syarikat tersebut, syarikat judi itu antara lain, meminta dari mahkamah untuk perintah bagi meluluskan plantikan apa yang dipanggil ‘provisional liquidators’ yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus cadangan penstruktruan pembayaran hutang-piutang dan tanggungan (debts and liabilities) syarikat judi gergasi itu.

Satu fenomena biasa tidak mengira syarikat apa pun, apa lagi syarikat besar seperti syarikat judi Genting Hong Kong ini, hakikatnya syarika depa ini berselirat dengan hutang piutang dan tanggungan di sini sana.

Tidak seperti kita semua rakyat yang melarat – syarikat besar macam Genting Hong Kong ini secara relatifnya lebih mudah untuk dapat wang pinjaman dari peminjam wang atau kreditor seperti bank-bank kerana faktor nama dan status elit mereka dan juga hubungan rapat para pemilik syarikat itu dengan para peminjam wang.

Hakikatnya kronisme dan nepotisme tebal di ‘alam’ tersebut. Akhbar di Singapura melaporkan tiga bank besar di Malaysia telah bersetuju pi bagi pinjam duit berbilion kat syarikat gergasi judi ini.

Bank-bank itu adalah Maybank, Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad. Berapa depa bagi hutang kat syarikat judi ini? Media lapor depa bagi pinjaman sebanyak RM2.51 bilion atau AS$600 juta je. Yang bahagian bagi hutang RM2.51 bilion itu sebenarnya tak lah begitu menarik.

Yang best dan menarik adalah yang bahagian depa bagi pinjaman berbilion kepada syarikat judi gergasi itu tanpa perlu sebarang cagaran. Yang ini lejen (legend).

Jika kita-rakyat nak pinjam misalnya nak berniaga, bank pulun minta kita buat cagaran dan kadangkala minta kita cari penjamin lagi. Jika kita tak bayar, depa pulun kejar kita sampai lubang cacing!

Tiba-tiba syarikat judi besar boleh dengan mudah, dapat pinjaman berbilion ringgit dan tak perlu sediakan sebarang cagaran hatta penjamin pun. Hebat Malaysia.

YB Senator menteri kewangan (mantan orang bank) ketika menjawab kenyataan DSAI, dia pi habaq menjadi amalan biasa di dunia perbankan untuk depa bagi hutang atau pinjaman kepada pihak-pihak tertentu tanpa perlu meminta cagaran.

Untuk berlaku adil pada YB menteri yang tak ada kawasan ini, ya, benar, itu boleh dikatakan telah menjadi amalan biasa. Tapi, soalannya, adakah itu amalan yang bagus dan ‘prudent?

Amalan biasa bukan undang-undang. Ia bukan sebuah amalan yang bank wajib ikut dan patuhi. Apa lagi jika ia adalah sebuah amalan yang buruk.

Dalam konteks Malaysia, yang pernah berhadapan dengan isu atau skandal kewangan Bank Bumiputera (he he ada kaitan dengan Hong Kong juga) dan dalam keadaan dunia perbankan di negara ini pernah mengalami krisis kewangan Asia yang agak parah, adakah meneruskan amalan pemberian pinjaman atau hutang tanpa cagaran patut dan wajar dipertahankan?

Tiada siapa yang boleh jangka akan berlaku krisis kewangan pada bila-bila masa. Begitu juga tiada siapa boleh meramal fenomena pandemik Covid- 19.

Sebab itu dalam undang-undang, tok loya sebut tentang fenomena ‘act of God’ dan ‘force majeure’ yang mana dalam menyediakan kontrak, kedua-dua terma itu biasa dimasukkan dalam kontrak.

Dalam konteks itulah, pihak kreditor seperti perbankan perlu meningkatkan lagi kerja-kerja “due diligence” depa. Memastikan depa akan diberi status ‘secured creditors’ dalam urusan pembiyaan kewangan apa lagi pembiyaan mega adalah hukum asas.

Jadi, sekarang macam mana ya? Gini ya. Bila tiga bank Malaysia ini tak memiliki sebarang cagaran atau jaminan bila depa bagi pinjaman pada syarikat judi, maknanya status depa adalah dikira dalam undang-undang sebagai ‘unsecured creditors’ (kreditor yang tak selamat/terjaga) sahaja. Status yang amat lemah dan rapuh.

Jadi? Jadi, bila syarikat judi yang pinjam RM2.51 bilion itu digulung, pihak ‘liquidator’ akan utamakan terlebih dahulu untuk syarikat judi itu bayar balik dulu hutang-hutang yang depa berhutang kat ‘secured dan preferential creditors’ terlebih dahulu.

Lepas tu, jika masih ada duit belen (balance/baki) barulah depa pi bayar kat tiga bank itu. Mintalah parti ehem buat solat hajat ada duit belen lagi.

Yang tak ‘best’ dalam episod ketiga-tiga bank ini adalah kerajaan (dan rakyat sekali) ada kepentingan melalui KWSP, PMB, Khazanah dan lain-lain dalam bank-bank itu.

Mungkin ada yang bertanya adakah tiga-tiga bank itu bertindak seperti professional bankers atau the three stooges dalam isu ini?