Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dunia tidak terima pelan damai Donald Trump

Dunia tidak terima pelan damai Donald Trump

AKMAL MANAFJanuary 31, 2020 7:23 am




Dunia secara umumnya tidak menerima keputusan pelan damai Timur Tengah yang dibuat oleh regim Amerika Syarikat (AS) kerana disifatkan sebagai tidak mengambil kira pandangan semua pihak.

Pelan damai Timur Tengah yang dibuat oleh Presiden AS Donald Trump itu bertujuan mencadangkan penyelesaian ‘dua negara’ dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara Israel yang tidak dibahagikan’.

Yang Dipertua Yadim, Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, jika mahu berbincang atau melahirkan satu resolusi, ia mesti melibatkan semua pihak termasuk penduduk asal (Palestin).

“Pelan yang diumumkan itu juga tidak mengambil kira pandangan-pandangan dari negara umat Islam yang sentiasa mengambil berat tentang situasi berlaku di Palestin.

“Asasnya kita tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan daripada rejim AS dan Yahudi.

“Kenyataan yang keluar daripada Trump bukan boleh menyelesaikan masalah, tetapi boleh menambahkan lagi permusuhan, kebencian, peperangan yang tidak dapat menyelesaikan masalah dunia, termasuk di Palestin,” katanya di sidang media mengenai Pencapaian 2019 dan Perancangan Hala Tuju Yadim 2020 di, Kompleks Islam Putrajaya,pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pelan damai Timur Tengah kononnya untuk menamatkan pertikaian Israel-Palestin.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah, Timbalan Yang Dipertua Yadim, Ustaz Zolkharnain Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Datuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin.

Semalam  Bernama melaporkan, pemimpin Hamas, Ismael Haniyya berkata, pergerakan politik itu tidak akan menerima pelan damai Timur Tengah yang dijangka diumumkan menjelang lawatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan ketua politik saingannya Benny Gantz ke Rumah Putih minggu depan.

Haniyya berkata, Hamas sebaliknya akan meneruskan perjuangannya meraih kemerdekaan dan kebebasan Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara menerusi kerjasama dengan rakan antarabangsa.

“Saya beri anda jaminan kami tidak akan menerima perjanjian abad ini dan akan terus bekerja dengan rakan antarabangsa untuk mengetepikan perjanjian ini,” kata Haniyya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production