Nama pemimpin ulama Pas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menjadi trending atau sohor kini di media sosial pada masa ini.
Kira-kira 9,600 pengguna Facebook sedang memperkatakan isu berkaitan Dusuki, bekas calon Pas di Selangor dalam pilihan raya umum lalu di mana media melaporkan Dusuki antara ustaz popular yang dinamakan oleh Pas sebagai calon mereka.
Ia dikesan mulai berlaku selepas saman Dusuki terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ditolak oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan dia diarahkan membayar RM11,000 kepada bekas Menteri Agama itu.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menolak saman bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkenaan terhadap Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan dan diarahkan membayar RM10,000 kepada Hazmi yang mesra dipanggil Jeming itu.
Selepas samannya ditolak, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor itu dilihat cuba untuk menyalahkan para hakim dan mengingatkan mereka tentang hukuman ke atas hakim yang berat sebelah.
“Saya ingin mengingatkan kepada setiap para HAKIM dan para peguam di Malaysia terhadap hadis Rasulullah ﷺ ini.
“Hakim (penentu keputusan) itu ada tiga, satu di surga dan dua di neraka. Yang di surga adalah Hakim yang tahu kebenaran lalu memberikan keputusan dengannya.
“Sedang hakim yang tahu kebenaran lalu zhalim dalam keputusannya, maka ia di neraka. Begitu pula, hakim yang memberi keputusan tanpa ilmu, ia di neraka” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
“Sewaktu saya belajar di Al Azhar dahulu dalam bidang syariah dan undang undang ini, hadis ini sering di peringatkan kepada kami, sehingga ada ada pensyarah yang menyarankan kepada kami supaya jika tiada undang undang Islam di negara kalian yang di laksanakan maka sebaiknya tinggallah bidang kehakiman ini, di bimbangi akhirnya keneraka jua sudahnya. Sampaikan salam saya kepada setiap hakim itu.”
Hantaran Dusuki di Facebook itu mendapat lebih 3,700 komen dan 899 perkongsian dari pengguna media sosial itu dengan hampir kesemuanya menyindir dan menyerang pemimpin Pas itu.
Izzat Syamil menulis, “Kena tang dia ingatkan hakim.”
Hj Sofian Alias pula menulis, “Dusuki, yang tidak betul itu awak. Bahkan parti awak ada dalam kerajaan. Bukan para hakim.”
Meor Ahmad Daud menulis, “Jatuh tuan hakim pulak fitnah. Kenapa tak cakap tuan hakim yang cakap Tabung Haji jual aset kepada tokpek saja. Pasaran Forex ada syurga neraka juga ke ustaz?”
Mahkamah Shah Alam menolak saman yang dibuat oleh Dusuki terhadap Dr Mujahid ekoran kenyataan Twitter dari Mujahid bagi membalas video ucapan Dusuki yang mendakwa Tabung Haji ketika Mujahid adalah Menteri Agama menjual aset kepada bukan Islam.
Menurut Mahkamah, terbukti tidak ada aset Tabung Haji yang dijual kepada bukan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Dusuki dan Mujahid benar dalam hal ini.
Baca juga Selepas mahkamah arah bayar kos RM11,000, warganet ‘sekolahkan’ ulama Pas ini