Malaysia Dateline

Duta Khas PM ke Timur Tengah terima suntikan vaksin Covid-19 di Chendering

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata, pengambilan vaksin turut termasuk dalam cara menyingkirkan kemudaratan.

“Insya-Allah, dengan adanya vaksin ini kita dapat mengurangkan jangkitan wabak penyakit Covid-19,” kata Ahli Parlimen Marang tersebut.

Sehubungan itu, Hadi menyeru kepada semua rakyat serta yang menetap di Malaysia untuk segera mendaftarkan diri mendapat suntikan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

“Semoga usaha murni yang dijalankan ini diberkati oleh Allah SWT untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat,” kata bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu lagi.