Malaysia Dateline

Dzulkefly kongsi khabar gembira COVID-19, sebagai tweet terakhir

Datuk Seri Dr Dzulkefly hari ini memuatnaik perkongsian mengenai COVID-19 menerusi kemaskini di Twitternya yang disifatkan sebagai ciapan terakhir sebagai Menteri Kesihatan.

Pengarah Strategi AMANAH Nasional itu, sempat berkongsi berita gembira tentang dua lagi pesakit COVID-19 yang dilaporkan berjaya pulih, dalam satu Tweet petang tadi.

“Alhamdulillah! Dua lagi kes COVID-19 pulih sepenuhnya dan boleh keluar wad hari ini. Tiada kes positif baru.

“Kes-14 dan Kes-19 yang telah sembuh sebelum ini dirawat di HKL. Jumlah yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad sehingga hari ini ialah 20 orang.

“Manakala dua pesakit lagi masih dirawat di wad dan stabil.

“(Ini) Tweet saya terakhir sebagai Menteri Kesihatan. Terima Kasih!,” tulis beliau.