Dzulkifli mula tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM

Dzulkifli mula tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM

 

Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Beliau yang tiba tepat pada 8 pagi disambut barisan pengurusan tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.

Hadir sama termasuk Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Datuk Alias Salim dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.