E-Dompet belia bermula jam 8 pagi tadi

Oleh BORHAN AHMAD

Mulai jam 8 pagi tadi, program eBeliaRahmah telah diluncurkan di mana anak-anak muda serta mahasiswa yang layak boleh mendaftar untuk menerima kredit berjumlah RM200 melalui pelbagai plaform e-Dompet.

Program ini dilancar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Saya amat berharap wang ini dimanfaatkan sebaiknya oleh kalian untuk pembelajaran dan keperluan masing-masing,” kata Anwar ketika melancarkannya.

Semasa di Langkawi, seorang pelajar bernama Wawa bertanya tentang e-Dompet ini terus kepada PM Anwar.

Hari ini, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar melaksanakan bantuan itu.