EAIC bertindak siasat salah laku polis

EAIC bertindak siasat salah laku polis

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) akan menjalankan siasatan ke atas kematian seorang tahanan di lokap di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bera, Pahang pada Rabu lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam dalam kenyataan rasmi agensi itu menyebut mangsa yang dikenali sebagai Soh Kai Chiok,49, disahkan meninggal dunia ketika dalam tahanan polis kerana disyaki mencuri pissang.

“Satu Pasukan Petugas yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan EAIC telah ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] untuk menjalankan siasatan serta merta ke atas kematian ini.

“Berdasarkan beberapa laporan oleh portal media, mangsa Soh Kai Chiok, 49 tahun dikatakan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.15 pagi. Terdahulu mangsa ditahan polis kerana disyaki mencuri pisang dan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujar kenyataan itu.

Dalam hal ini skop siasatan EAIC adalah berdasarkan terma rujukan seperti untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta 700, termasuk perlakuan yang bersifat jenayah oleh pegawai PDRM semasa mengendalikan tahanan dan berkaitan kematian tahanan tersebut.

“Jika sekiranya terdapat salah laku dizahirkan, untuk menentukan dan mengenal pasti bagaimana dan mengapa salah laku itu terjadi. Apakah peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, Standard Operating Procedures (SOP) dan arahan-arahan tetap yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian orang tahanan yang telah dipecahi dan EAIS siindividu yang bertanggungjawab ke atas salah laku atau perlakuan jenayah tersebut.”

EAIC memandang serius dan berasa kesal dengan kematian orang tahanan dalam lokap pihak berkuasa yang masih berulang kali berlaku di negara ini. Integriti dan kredibiliti penguat kuasa seharusnya tidak dicemari dan perlu dipelihara daripada kejadian seperti ini.

EAIC dengan ini menggesa agar agensi penguatkuasaan yang mempunyai lokap tidak lagi berkompromi dan mengambil perhatian serius terhadap pengesyoran dan langkah-langkah penambahbaikan oleh EAIC berhubung pengurusan dan tatacara pengendalian orang tahanan. Untuk maklumat lanjut berhubung syor-syor ini layari www.eaic.gov.my.

TAGS