Ebit Lew bersembang 2 jam dengan Marina Mahathir

Ebit Lew bersembang 2 jam dengan Marina Mahathir

Pendakwah terkenal tanah air Ustaz Ebit Lew berkata, beliau berasa sebak sewaktu berjumpa Datin Marina Mahathir dan bercerita mengenai pengalaman tentang usaha dakwah di negara ini.

“Sebak rasa jumpa Datin Marina Mahathir. Saya bercerita dan berkongsi tentang kasih sayang iman dan usaha dakwah yang sedang di jalankan betapa Allah sayang kita semua.

“Beliau sangat baik mendengar dan sangat merendah diri, seronok dapat saling berkongsi,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Menurut Ebit, Marina memberitahunya bahawa beliau kagum dengan usaha beliau berusaha membimbing dan membantu golongan maknyah dan masyarakat gelandangan di negara ini biarpun beliau berketurunan Cina.

Kata beliau, Marina juga memberitahunya bahawa ramai maknyah ingin mengerjakan solat dan mereka perlu dipimpin.

“Walaupun suasana agak bising kami dapat berbual dekat dua jam. Jarang orang besar nak dengar saya cakap agama sampai dua jam.

“Kata saya halal itu jelas. Haram itu jelas. Dan usaha memujuk rayu manusia dengan kasih sayang dekat dengan Allah itulah kerja Nabi S.A.W, itulah usaha kita sebagai insan,” kata Ebit Lew.

Kata beliau lagi, beliau turut memberitahu Marina bahawa pada Oktober nanti beliau akan mengadakan program motivasi bersama golongan maknyah.

“Saya akan bawa maknyah 3 hari 2 malam Oktober ini untuk motivasi, solat berjemaah, qiamulail. Peranan solat dan usaha dakwah Nabi S.A.W. Islam itu indah,” kata beliau.

Jelas beliau seterusnya, Marina menyokong penuh usaha beliau memberi makanan kepada gelandangan kerana ia membuatkan orang ramai tertawan dengan Islam.

Marina juga katanya turut mengucapkan tahniah kepada beliau.

9.5
OVERALL SCORE
: 7.0
5 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS