Malaysia Dateline

Ebit Lew jumpa pelacur di sebuah kelab malam di Jakarta

Program dakwah Ebit Lew kali ini tertumpu di kota Jakarta di mana beliau telah berjumpa dengan beberapa orang pelacur orang Islam di sebuah kelab malam di kota itu.

Ebit Lew telah menghadiahkan jubah dan tudung kepada wanita-wanita itu membuatkan mereka sangat suka diberikan tudung, selain dia turut mengadakan ceramah di dalam kelab malam itu.

Ebit Lew jumpa pelacur di sebuah kelab malam di Jakarta

“Terima kasih sudi jumpa dan nasihat kami. Kali pertama orang ceramah di club malam ini. Ulang kali mereka ucap terima kasih,” kata Ebit Lew.

Kehadiran pendakwah dan penderma itu membuatkan pelacur-pelacur tersebut terkejut dan rata-rata dalam kalangan mereka mengenali ustaz Ebit Lew.

Dalam hantaran terkini Ebit Lew hari ini, beliau teruja dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh wanita-wanita di kelab malam itu.

Ebit Lew jumpa pelacur di sebuah kelab malam di Jakarta

“Malam tadi pergi club malam berjumpa wanita menjadi pelacur di Jakarta. Ada yang Islam dan bukan Islam .

“Mereka kenal saya. Katanya selalu lihat di media sosial.

“Bila minta masa sekejap berbual mereka gembira memberi masa.

“Mereka minta untuk ambil gambar. Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibubapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertanya,” tulis Ebit Lew.

Menurutnya, sebahagian daripada wanita-wanita ini telah bekerja sebagai pelacur semenjak berumur 14 tahun lagi kerana masalah kewangan dan terdesak membantu keluarga.

Bukan dalam kalangan remaja sahaja, bahkan ada juga ibu tunggal yang terpaksa terlibat dalam aktiviti pelacuran kerana mahu membesarkan anak-anak.

“Semua menangis je bila saya mula cakap. Allah sayang kita dia beri banyak nikmat. Teresak-esak menangis.

“Katanya tengok Pak Ustadz rindukan ibubapa. Rindu nak dekat pada Allah.

“Terkejut rasa bila tiba-tiba semua menangis walau mungkin tak faham semua perkataan saya.

“Allah Maha Penyayang. Sentiasa mengetuk hati hambanya. Kita semua sedang diuji. Atas jalan yang sama belum tahu nasib kita disana. Untuk dekat pada Allah selalu mengajak orang lain dekat pada Allah,” katanya.

Dalam pertemuan itu, menurut Ebit Lew ada dalam kalangan wanita-wanita itu ingin berubah namun mereka belum ada kekuatan.

Ebit Lew jumpa pelacur di sebuah kelab malam di Jakarta

“Hari ni kami kuat untuk tukar kerja lain. Ingin cari rezeki yang halal walau mungkin susah. Saya ‘capek’ ustaz. Meluah rasa penat jadi begini.

“Rindu nak sujud pada Allah.

“Saya hadiahkan mereka jubah dan tudung. Mereka suka sangat dapat tudung tu. Doakan kami yer ustaz supaya dapat dekat pada Allah.

“Terima kasih sudi jumpa dan nasihat kami. Kali pertama orang ceramah di club malam ini. Ulang kali mereka ucap terima kasih.

“Ya Allah ampunkan kami semua. Terimalah kami semua,” tulisnya.

Baca juga: Keluarga tawar ganjaran RM150,000 kepada sesiapa berjaya jumpa Lee Chong Loong

Baca juga: Buat pembayaran palsu bernilai RM23 juta, dua beradik ditahan reman