Malaysia Dateline

ECRL boleh diteruskan dengan skala kecil

ULASAN: Ketika kempen PRU 14 yang lalu, Pakatan Harapan mencadangkan untuk membatalkan projek ECRL kerana ia hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Dalam hal ini, saya ingin merujuk kenyataan Perdana Menteri yang menegaskan ECRL mungkin boleh diteruskan, tetapi dalam skala kecil (Berita Harian : 2 Januari 2019)

Pada pemerintahan yang lalu, Kerajaan mencadangkan ECRL akan dibina dalam 2 fasa iaitu Fasa 1 dari Gombak ke Kota Bharu dan Fasa 2 dari Gombak ke Port Klang yang mana dianggarkan kos RM81 Billion.

Melihat kepada kemampuan kewangan yang sangat terhad, kerajaan bakal menangguhkan projek ECRL dan memastikan jika ia diteruskan, ia akan dilaksanakan dalam kos yang lebih kecil.

Dalam hal ini saya ingin mencadangkan

Fasa 1 : KL Sentral – Jerantut – Kuantan Port

Fasa 2 : Kuantan Port – Kuala Terengganu

Dalam hal ini Route KL Sentral – Port Klang hanya menggunakan kemudahan sedia ada yang mana masih belum digunakan secara maksima.

Di samping itu bagi memastikan railway sedia ada tetap digunakan, railway Gemas – Tumpat dan Gemas – JB Sentral boleh dipertingkatkan sebagai persediaan menerima penggunaan keretapi ‘double track’ pada masa akan datang.

Sebagai tambahan jika kerajaan punya bajet tambahan saya ingin mencadangkan kemudahan railway dapat dibangunkan dari Ipoh – Lumut. Jika ia dapat dibangunkan ia akan menjadi pemangkin pertumbuhan yang lebih pesat pada bandar – bandar berdekatan seperti Seri Iskandar, Bota dan Lumut.

Di samping itu dengan kemudahan West Coast Expressway (WCE) yang bakal disiapkan, saya yakin dan percaya Pelabuhan Lumut (Lumut Port) akan lebih berkembang pesat jika kemudahan ‘railway’ dapat dibangunkan.

Justeru itu saya menyokong kenyataan Perdana Menteri dalam mengkaji semula projek ECRL dan saya pasti ia boleh diteruskan dengan skala yang lebih kecil tanpa kita bergantung modal kepada negara China.

Negara Kita, Acuan Kita

 

*Penulis adalah bekas Penyelidik Kajian Pengangkutan Awam Negeri Terengganu 2006.