ECRL dan “pacta sunt servanda”

ECRL dan “pacta sunt servanda”

Banyak media lapor isu kenyataan YAB PM berkenaan isu terkini tentang perjanjian Malaysia dan China berhubung ECRL.

Khabarnya, YAB PM dilaporkan berkata yang ECRL mungkin ditangguhkan (deferred) dan bukan dibatalkan terus…wallahu’alam.

Dengan kos sebenar yang dimaklumkan mencecah RM 81 bilion (tidak termasuk kos operasi), tidak mustahil ramai juga yang mencadangkan pembatalan projek mega tersebut yang dilihat tidak begitu “mesra” dan “viable” kepada Malaysia.

Bagaimanapun, keputusan muktamad adalah di tangan YAB PM yang saya percaya kita semua akan akur dengan apa sahaja keputusan akhir beliau. Sudah tentu YAB PM akan meletakkan kepentingan Malaysia di atas segala perkara.

Di kalangan pengamal undang-undang, tidak sedikit yang berpendapat ECRL wajar dibatalkan. Namun, ada juga pengamal undang-undang yang “familiar” dengan international law agak “concern” jika Malaysia batalkan.

Ini kerana, sekiranya perjanjian ECRL tersebut termasuk dalam maksud/definisi “treaty”, maka boleh dihujahkan Malaysia tertakluk kepada doktrin/prinsip penting di dalam undang-undang antarabangsa yang dikenali sebagai “pacta sunt servanda” – perjanjian/treaty hendaklah ditepati/dilaksanakan (must be honoured/kept).

Melalui prinsip ini, Malaysia mungkin dianggap melanggar undang-undang antarabangsa jika ia bertindak membatalkan perjanjian ECRL tanpa sebarang alasan munasabah dan tanpa justifikasi..meskipun bukan Kerajaan PH yang terlibat dalam perjanjian tersebut in the first place.

Sekarang ini, isu yang hangat dibincang di persada antarabangsa adalah isu “Iranian deal” atau Iranian Agreement.

Ringkasnya, dari deal ini, yang ditandatangani di Viena pada 14/7/2015, Iran bersetuju untuk antara lain menghapuskan (eliminate) dalam simpanannya “medium enriched uranium”, etc. dan sebagai gantinya beberapa sanksi yang dikenakan ke atas Iran oleh USA, Kesatuan Eropah dan Majlis Keselamatan PBB akan ditarik balik.

Isunya sekarang US melalui Presiden Trump ingin batalkan Iranian Deals itu secara unilateral kerana itulah modal yang beliau gunakan semasa kempen pilihan raya Presiden dulu di mana beliau berkata Iranian Deal adalah satu malapetaka (disaster).

COMMENTS

Wordpress (0)