Editor Sarawak Report dinobat 50 pemimpin terhebat oleh Fortune

Editor Sarawak Report dinobat 50 pemimpin terhebat oleh Fortune

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tekanan antarabangsa ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus meningkat apabila pengkritik beliau, Claire Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report dipilih oleh majalah antarabangsa Fortune sebagai salah seorang “50 pemimpin terhebat” dalam keluaran Aprilnya.

Walaupun Claire diletakkan di tangga ke 49 dalam senarai itu, tetapi beliau adalah satu-satunya tokoh dari seluruh dunia yang ada kaitan dengan Malaysia dalam senarai majalah antarabangsa terkenal itu.

Claire, wartawan penyiasatan kelahiran Sarawak ini mengasaskan Sarawak Report pada tahun 2010 bersama dengan Radio Free Sarawak.

Fortune edisi April 2016Sarawak Report telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari dilayari oleh rakyat negara ini namun badan antarabangsa Reporters Without Border telah membuat laluan untuk melayari laman ini.

Sarawak Report adalah media yang paling banyak mendedahkan tentang skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), anak syarikat kerajaan yang kini berhadapan masalah besar sehingga menjejaskan ekonomi negara.

Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Masalah dalam 1MDB telah banyak didedahkan dalam laporan PAC Malaysia baru-baru ini.

Menurut Fortune, wartawan yang berpusat di London, England ini telah menjadi satu duri kepada mereka yang berada di pusat kuasa di Malaysia.

“Pendedahan beliau tentang unit pelaburan Malaysia, 1MDB – yang menyiarkan dakwaan penyelewengan USD700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak – telah membuatkan beliau menjadi hero dan penipu di negara ini, bergantung kepada pihak mana anda bertanya,” tulis Fortune dalam keluaran 2 April itu.

Kerajaan juga, kata Fortune cuba untuk menangkap beliau atas dakwaan ‘aktiviti yang menggugat demokrasi berparlimen’ di samping lamannya, Sarawak Report, disekat.

Semalam, blog Malaysia Today yang dimiliki oleh Raja Petra Kamarudin telah menarik balik satu tulisan yang mengutuk Claire dan menyatakan kekesalannya tentang peniaran tulisan tersebut.

Ia dilakukan selepas Claire melalui peguamnya menghantar surat kepada Raja Petra dengan membuat tuntutan itu.

TAGS