Malaysia Dateline

edotco ambil alih 325 menara di Kemboja

Unit syarikat penyedia infrasruktur telekomunikasi edotco Group Sdn Bhd di Kemboja, edotco (Cambodia) Co Ltd, mengambil alih 325 menara telekomunkasi daripada South East Asia Telecom (Cambodia) Co Ltd.

Pengambilalihan itu adalah selari dengan strategi peluasan serta pengukuhan kedudukan sebagai pemimpin dalam syarikat menara telekomunkasi di Kemboja.

Ketua Pegawai Serantau, Pasaran Pertumbuhan, Kumpulan Edotcofficer, Phillip Wong berkata perjanjian itu turut memperkukuh komitmen syarikat untuk melabur di Kemboja sebagai pasaran penting.

“Kami akan dapat menjadi rakan yang lebih berkesan bersama operator rangkaian mudah alih dengan memperkenal lebih banyak infastruktur yang boleh dikongsi dan meningkatkan ketersediaan rangkaian di seluruh negara,

“Menjalin usaha sama dengan penggiat rangkaian tempatan merupakan strategi utama kami dalam membangungkan infrastruktur telekomunikasi dalam negara,” katanya meenrusi satu kenyataan ahri ini.

Perjanjian itu yang diluluskan oleh Pengawal Atur Telekomunikasi Kemboja baru-baru ini adalah hasil daripada minat pasaran yang semakin meningkat untuk kapasiti dan kelajuan rangkaian memandangkan rangkaian mudah alih 4G semakin berkembang.

“Menerusi perjanjian ini, kami meningkatkan jangkauan dalam negara itu dengan portfolio lebih daripada 3,600 menara telekomunikasi. Ini terus memantapkan kedudukan kami sebagai syarikat menara pilihan.

“Kami mengakhiri tahun ini dengan catatan yang kukuh dengan menambah lebih 300 menara dalam portfolio, yang sekali gus akan mempelbagaikan lagi gabungan pendapatan kami di Kemboja dan membolehkan kami memasuki tahun 2019 lebih mantap sebagai sebuah kumpulan.

“Sejak memulakan operasi pada 2013, kami terus mengembangkan portfolio kami di Kemboja dan kini mempunyai 2,600 menara yang dikendalikan secara langsung serta menjadi milik edotco di sini, dan 1,000 lagi menara yang dikendalikan melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan,” kata Wong.

Untuk masa depan, beliau berkata operasi akan terus memberi tumpuan kepada menyediakan infrastruktur yang boleh dikongsi dan yang diperlukan untuk memudahkan agenda digital Kemboja, yang meliputi teknologi generasi akan datang seperti sel kecil dan tiang pintar.

— BERNAMA