Erdogan mahu laksanakan semula hukuman mati

Erdogan mahu laksanakan semula hukuman mati

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula hukuman mati selepas percubaan rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaannya lapor agensi berita antarabangsa AFP.

“Dalam demokrasi, keputusan dibuat berdasarkan apa yang orang kata. Kita akan bercakap dengan pembangkang dan kemudian membuat keputusan.

“Kita tidak boleh melengah-lengahkan lagi kerana di negara ini, mereka yang melancarkan rampasan kuasa perlu membayar harga apa yang dilakukan,” katanya kepada para penyokongnya selepas menghadiri pengebumian mangsa yang terbunuh selepas pertempuran dalam cubaan rampasan kuasa oleh tentera kelmarin.

Erdogan membuat kenyataan itu selepas ribuan penyokongnya mahu hukuman mati kembali dilaksanakan di Turki.

Hukuman mati di Turki telah dihapuskan pada tahun 2004di bawah reformasi untuk mendapatkan keahlian Kesatuan Eropah.

Pengembalian semula akan mewujudkan isu-isu lanjut antara EU dan Ankara dalam rundingan keahlian yang sudah pun terhenti.

Di hadapan para penyokongnya, Erdogen sekali lagi meminta Amerika Syarikat mengekstradisi Fethullah Gulen, yang didakwa sebagai dalang cubaan rampasan kuasa, yang disifatkannya sebagai pengganas.

Pada majlis pengebumian itu, Erdogan tidak dapat membendung kesedihan melihat rakan lamanya, Erol Olcak dan anaknya yang berusia 16 tahun terbunuh selepas ditembak di Jambatan Bosphorus

TAGS