Bagi mereka yang selalu menggunakan pembayaran semasa penghantaran atau COD pastinya akan menyediakan wang yang secukupnya.
Tular tangkap layar mesej di antara pembeli dan penghantar barang yang bercakap mengenai isu duit kecil.
Pembeli tersebut meminta penghantar tersebur memulangkan barang dan berikan kepada ‘rider’ lain kerana tidak mempunyai duit kecil.
Rupanya bukan sekali tapi sudah banyak kali pembeli tersebut menyalahkan penghantar walhal dia yang seharusnya sediakan duit secukupnya.

Berang dengan sikap pembeli itu, pengguna Facebook, Puteri Ayenn menasihatkan para pembeli yang gemar COD untuk tidak menyusahkan penghantar.
“Mentaliti customer always right! Rider yang dipaksa untuk sediakan duit kecik walhal mereka ni bukanlah seller (penjual), bukanlah kedai.
“Pelanggan yang membeli sila sediakan duit secukupnya dengan apa yang kamu order. Rider hanya penghantar barang!
“Order RM9.90 contohnya lepastu bagi RM50, apa yang kau harapkan? Ingat rider ada baki? Bukan satu barang ja diorang kena hantar COD tau!” ujarnya.
Malah dia juga menambah bahawa bukan barang seorang pembeli yang penghantar perlu bawa, berapa banyak duit kecil pula rider kena sediakan.
Apatah lagi pelanggan sudah sedia maklum mengenai harga barang, jadi tidak salah untuk asingkan duit tersebut awal-awal.
Rata-rata warganet bersetuju dengan wanita tersebut dan meminta pembeli untuk menyediakan duit kecil.
“Sudah tahu beli online, barang pun ambil masa nak sampai, sempat lagi kot sediakan duit.
“Kalau COD, sendiri standby duit kecil tu. Tahu kita beli barang COD kan, mudahkan urusan orang lain kan senang,” antara komen warganet.
Baca juga: Penangan bau durian! Konduktor bas pengsan lepas pelanggan selamba bawa masuk ‘raja buah’