Malaysia Dateline

Ekonomi dijangka meleset tahun depan – Cuba 6 tips ini untuk mula berjimat cermat

Majoriti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di rantau Asia Pasifik menjangkakan ekonomi meleset tahun depan.

Paling terjejas tentunya adalah kuasa beli dan kebajikan kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 di kawasan bandar.

Oleh sebab itu, kesedaran diri perlu ada demi mengelak kehidupan dibelenggu krisis kos sara hidup pada masa mendatang.

Ikuti enam tips untuk mula berjimat cermat seperti dikongsikan NUR ALIAH MOHD NOR ini:

Risaunya ekonomi sekarang semakin merunsingkan! Cuba 6 tips ni untuk mula berjimat cermat :

1. Elakkan order Foodpanda/Grab selalu
Biasakan bawa bekal ke tempat kerja. Abaikan apa yang orang lain fikir, yang penting perut kita kenyang dengan hasil masakan dari rumah kita.

2. Bandingkan dan pilih kedai yang lebih murah untuk belanja barang bulanan contoh barang dapur

Biasanya orang tak peduli pun nak beli barang bulanan dekat mana tapi kalau korang tahu kedai yang selalu bagi potongan harga, tentu lebih banyak yang boleh berjimat!

3. Belanja online lebih jimat
Sekarang semuanya di hujung jari. Nak beli barang dapur secara online pun senang sangat. Lagi best, dapat guna baucer dan jimat berkali-kali. Tidak perlu start enjin kereta dan tekan minyak, tup tup barang sampai depan rumah.

4. Jawab ‘survey’ online untuk kumpul dan tebus voucher/wang tunai
Tahu tak dengan hanya jawab ‘survey’ online, anda boleh jimat dengan cara tebus baucer/wang tunai. Cuba cari dalam Facebook Group, mesti akan jumpa mana-mana tutorial untuk jawab soal selidik ini.

5. Buat belanjawan bulanan
Jangan fikir belanjawan negara saja. Tapi fikir dan buat juga belanjawan diri sendiri. Mula catat setiap apa yang anda belanja sekarang ini sama ada catat di buku, atau di aplikasi handphone.

6. Ubah gaya hidup
Tak salah untuk beli apa yang anda inginkan. Namun, amatlah bahaya kalau berbelanja lebih daripada pendapatan yang masuk. Tahan dulu keinginan dan utamakanlah keperluan.

Kawan-kawan,
Ekonomi sekarang dah semakin gawat. Siapa yang dah sedar tu, tentu dia akan mula berjimat-cermat!
Urus duit dengan cermat.

Baca juga Raih jualan tahunan lebih RM5 juta – Itu hasil diraih lebih 2,100 penjual tempatan

Baca juga Kanak-kanak dibaham buaya belum ditemui, SAR diteruskan