Ekonomi Malaysia suatu keseimbangan

Ekonomi Malaysia suatu keseimbangan

Permulaan tahun ini tidak seindah yang kita harapkan berikutan pasaran saham terus lemah, kesemuanya disebabkan gelombang kejutan dari China selain harga minyak yang menjunam.

Keputusan untuk membuat pengubahsuaian ke atas Bajet 2016 terpaksa dilakukan, tidak sampai tiga bulan ia dibentangkan pada 23 Okt tahun lepas – petunjuk jelas mengenai satu lagi tahun yang sukar untuk diharungi.

Bajet Malaysia adalah berasaskan kepada harga purata minyak pada AS$48 setong, yang kini susut kepada AS$33 dan dijangkakan akan turun serendah AS$18.

Walaupun ekonomi negara sebahagian besarnya beralih daripada pergantungan ke atas sumber minyak, ia (minyak) masih memainkan peranan yang besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd  Najib Razak berterus-terang apabila beliau berkata kerajaan akan menyatakan kedudukan sebenar, baik kita berterus-terang dan jujur bahawa tahun ini sangat mencabar”.

Najib yang juga Menteri Kewangan haru ini mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibentangkan tidak lama lagi.

Satu lagi episod malang yang bukan sahaja untuk rakyat selepas tahun yang sukar pada 2015, malah juga kerajaan.

Persoalan utama sekarang ialah bagaimana kerajaan akan mengekalkan janjikan tanpa berkompromi ke atas keperluan asas negara seperti mengekalkan infrastruktur yang baik, penjagaan kesihatan dan kebajikan rakyat.

Defisit bajet adalah antara yang akan dipantau rapat memandangkan kerajaan mahu menurunkannya ke paras 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), paras yang lebih rendah berbanding 3.2 peratus tahun lepas.

Malaysia mengunjurkan pertumbuhan KDNK 2016 antara empat dan enam peratus dengan Bank Dunia dalam tinjauan terkini KDNK mengunjurkan peningkatan 4.5 peratus manakala OCBC Bank membuat unjuran yang lebih baik pada 4.7 peratus.

Penyusutan ringgit, yang kini berlegar pada RM4.37 berbanding dolar AS, turut membimbangan memandangkan ia jauh daripada tindakan pembetulan dalam tempoh terdekat.

Meskipun data terkini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menunjukkan Malaysia mengekalkan lebihan dagangan bagi bulan ke-217 berturut-turut sejak November 1997, angkanya susut 6.9 peratus kepada RM10.23 bilion pada November 2015.

Namun secara realitinya, bagi rakyat biasa, harga bahan api dunia, angka perdagangan dan defisit fiskal tidak memberi sebarang makna kepada mereka.

Yang mereka bimbangkan ialah sama ada harga roti, marjerin dan bahan api kekal pada harga yang sama esok.

Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikatakan penyelamat kedudukan ekonomi dan kewangan negara, ia sememangnya menjejaskan sebahagian besar daripada 30 juta penduduk Malaysia.

Untuk berlaku adil kepada kerajaan, banyak barangan perlu dikecualikan daripada GST – keunikan yang dilakukan Malaysia memandangkan tiada negara lain yang melaksanakannya GST, berbuat demikian sebelum ini.

Yang kurang mungkin pemantauan rapi siapa yang mengaut untung daripada GST, dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas ke atas pelakunya.

Dalam keadaan sukar ini, rakyat biasa mahukan penyelesaian kepada masalah dan bukan slogan.

CATEGORIES