Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ekonomi negara boleh terjejas sekiranya wabak koronavirus berlanjutan

Ekonomi negara boleh terjejas sekiranya wabak koronavirus berlanjutan

SITI NUR ZAWANI MISCON FOTO: WAN AZAHARI WAN SALLEHJanuary 28, 2020 2:00 pm




Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menolak kemungkinan, wabak Koronavirus yang mencetuskan kebimbangan rakyat terhadap sumber import makanan, akan menjejaskan ekonomi sekiranya ia berterusan berlaku.

Namun menurutnya, tiada keperluan untuk kerajaan menyekat import produk makanan dari negara luar oleh kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau setiap produk yang dibawa masuk.

Tambahnya lagi, perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah kualiti bahan makanan yang diimport yang perlu diperhalusi untuk menjamin kerbersihan dan keselamatan penggunaan produk makanan tersebut.

“Pada ketika ini belum ada satu keperluan untuk sekat (import atau eksport barang dari Wuhan) di mana KKM dan agensi berkaitan sedang memantau secara dekat dan kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani wabak ini.

“Sekiranya perkara ini berterusan, seperti wabak-wabak yang lain, pastinya ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Namun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana perkara ini satu perkara serius yang perlu di pantau oleh agensi yang berkenaan dan kita akan ambil maklumat dan nasihat daripada mereka tentang langkah seterusnya yang perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Kerjasama Strategik Petronas & Agrobank: Program Memperkasakan B40, di Dewan Conference 1, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Turut hadir, Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Seri  Salahuddin Ayub; Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar; Pengerusi Petronas, Datuk Ahmad Nizam Salleh; dan Presiden Petronas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Pada masa sama, Azmin memaklumkan bahawa kerajaan sememangnya sedang menumpukan pergerakan pelancong daripada negara China, selain memerhati pergerakan import bahan makanan.

Beliau berkata, biarpun buat masa ini tiada unjuran implikasi wabak berkenaan kepada ekonomi negara, namun ia satu perkara yang tidak boleh diremehkan.

“Kita tidak lihat ini sebagai satu perkara yang boleh diremehkan. Kita akan terus pantau keadaan semasa dan sekiranya ada keperluan untuk ambil tindakan, itu akan diputuskan oleh KKM dan jabatan yang berkaitan,” jelasnya.

Setakat pagi ini, angka kematian di China akibat penularan wabak tersebut terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Jumlah kes baharu direkodkan sebanyak 1,300 kes yang telah disahkan, kata pihak berkuasa China.

Dalam pada itu, dua lagi negara masing-masing mempunyai satu kes positif koronavirus iaitu di Sri Lanka dan Jerman.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di luar China adalah sebanyak 65 buah negara.

Di China, beberapa syarikat ternama mengambil langkah beri warga kerja cuti panjang atau ‘tutup kedai’ sementara bagi mengurangkan bahaya penularan koronavirus yang sedang melanda.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production