Malaysia Dateline

Ekonomi negara paling parah, RM jatuh inflasi naik-PH dakwa ini kegagalan Ismail Sabri sebagai PM

Kejatuhan nilai Ringgit sehingga RM4.50 kepada satu Dolar Amerika (USD) adalah kegagalan ekonomi yang paling parah buat negara dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Ia ditambah dengan peningkatan kadar inflasi 4.4 peratus menjadikan yang terburuk dalam tempoh 14 bulan.

Inflasi makanan mencecah 6.9 peratus menjadi kadar peningkatan harga barangan paling tinggi.

Kedudukan ini menjadikan negara mengalami kegagalan ekonomi paling parah dalam sejarah negara ini.

Malangnya kata Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Begharib Ali, tiada usaha atau tindakan polisi kerajaan yang konkrit dan berkesan dilakukan oleh Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri bagi membetulkan keadaan ini.

Katanya, penubuhan pasukan jihad inflasi hanya sekadar retorik kerajaan tambahan di mana relevannya seorang menteri komunikasi dilantik untuk satu jawatankuasa menangani kos sara hidup?

“Bukankah ianya seharusnya dikendali menteri KPDNHEP yang bertanggungjawab dalam hal ini.

“Di mana pula peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang diwujudkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dahulu?” soal beliau.

Katanya, saiz kabinet yang besar tidak menampakkan nilai tambah kepada kerajaan malah dilihat satu pembaziran wang rakyat yang menambah beban kewangan negara.

Begitu juga dengan jumlah duta-duta khas yang dilantik bertujuan hanya untuk memenuhi kehendak politik.

“Bagi kami, kegagalan ini adalah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam menguruskan ekonomi negara.

“Kegagalan ini lebih parah lagi dari kegagalan kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.

Baca juga: RM225 bilion tiba-tiba masuk akaun, lelaki ini jujur pulangkan semula pada pemilik asal

Baca juga: Pasangan bercinta baru 8 bulan ditemui maut bersama