Malaysia Dateline

Ekslusif-Wujudkan ‘Bank Makanan’, perhalusi ide penubuhan Majlis Tahfiz Negara

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mencetuskan ide untuk menubuhkan sebuah ‘bank makanan’ bagi membantu maahad tahfiz di seluruh negara.

Ide itu tercetus hasil daripada pertemuan tertutup yang diadakan oleh beliau bersama dua wakil Persatuan Permata Al-Quran dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (Pitas) baru-baru ini.

Pertemuan yang diatur oleh Malaysia Dateline di Bangunan sementara Parlimen itu berlangsung lebih sejam dan difahamkan banyak perkara berbangkit berkaitan dengan institusi tahfiz di negara ini telah dibincangkan bersama oleh dua persatuan itu dengan timbalan menteri agama.