Eksport benang kapas India turun 25 peratus dalam tempoh lima tahun

Eksport benang kapas India turun 25 peratus dalam tempoh lima tahun

Eksport benang kapas India mencatatkan penurunan kira-kira 25 peratus dalam tempoh lima tahun berikutan “kelemahan duti” di pasaran utama.

Eksport benang kapas menurun daripada US$4.57 bilion pada 2013-2014 kepada U$ 3.44 bilion pada 2017-2018, demikian menurut Gabungan Industri Tekstil India (CITI ) dalam satu kajian.

Sementara eksport fabrik pada tempoh sama menurun tujuh peratus daripada US$4.94 bilion kepada US$4.59 bilion,

Vietnam dan Indonesia mempunyai akses duti bebas ke pasaran China, pengimport terbesar benang kapas, manakala duti import benang kapas India adalah sebanyak 3.5 peratus, kata pengerusi CITI, Sanjay Kumar Jain.

Dari 2013 hingga 2017, terdapat penurunan 48 peratus dalam eksport benang kapas India ke China manakala eksport dari Vietnam meningkat 129 peratus dan Indonesia pula menyaksikan kenaikan 55 peratus dalam eksportnya ke China.

Eksport fabrik India berdepan tekanan daripada pesaing seperti Pakistan, Bangladesh dan Kemboja yang menguasai pasaran di Kesatuan Eropah, China dan Turki.

Ia dibebankan lagi dengan langkah Vietnam mengenakan duti import antara lapan hingga 12 peratus ke atas kain keluaran India, jelas CITI.

— BERNAMA