Elak ‘ambil daging segar dalam kuah basi’ – Doktor ini kongsi 5 mitos tentang pemakanan wajib anda tahu

Oleh ARIF ATAN

Mengamalkan sistem pemakanan yang sihat seperti digariskan di dalam al-Quran penting bagi mengelak situasi seperti mengambil daging segar dalam kuah basi.

Pengambilan makanan yang tidak betul berisiko menyumbang obesiti dan serangan pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan kegemukan seperti darah tinggi, kencing manis serta serangan jantung.

Bahkan, semalam pun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengingatkan bahawa beban kos rawatan bagi penyakit jantung di negara ini dijangka terus meningkat jika tiada tindakan berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam mengawal dan mencegah penyakit itu.

Ikuti info kesihatan DR. ZUBAIDI AHMAD berkenaan mitos tentang pemakanan yang wajib anda tahu:

“Dalam beberapa ceramah kesihatan, saya sering beritahu tentang 5 mitos tentang pemakanan yang biasa kita dengar.

1. Jika kita tidak ambil gula dalam makanan dan minuman, kita akan jadi lemah. Pada hal glukos hanya membekalkan 4kCal sementara lemak membekalkan 9kCal.

Sebab itu sepatutnya orang berpuasa lebih bertenaga sebab bila kita tak ambil gula, lemak dalam tubuh akan digunakan. Oleh sebab ketika berpuasa kita tidak cukup minum air, itu yang buatkan kita lemah. Bukan sebab tak cukup ambil gula.

2. Bila sebut lemak, kita kaitkan dengan kolesterol dan beranggapan semua lemak itu berbahaya. Padahal, ada lemak sihat seperti minyak zaitun, buah zaitun dan avocado yang memberikan gabungan lemak mono dan poly unsaturated fat. Ia baik menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolestrol baik.

3. Kita gagal membezakan refined carbo dan complex carbo. Kita anggap kedua-duanya sama. Refined carbo mempunyai nilai glisemik index yang tinggi, sementara complex carbo mempunyai nilai glisemik yang rendah.

Nilai glisemik yang tinggi boleh menyebabkan keradangan yang kronik dalam tubuh dan menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes, gout, hipertensi dan lain-lain.

Complex carbo mempunyai nilai glisemik yang rendah manakala refined carbo adalah sebaliknya.

4. Jika kita tidak makan dalam masa 6-8 jam, apatah lagi 14-16 jam, ia berbahaya. Sedangkan kita berpuasa setiap tahun selama sebulan selama 14-16 jam sejak berpuluh tahun lalu.

Semakin kita menjarakkan waktu makan, semakin kita bertambah sihat. Ini dibuktikan oleh Pemenang Nobel Prize 2016, Prof Yushinori Ohsumi yang menerangkan konsep “autophagy” apabila kita berpuasa.

5. Kita mahu mengamalkan pemakanan yang ada di dalam al-Quran, tapi kita masih berada dalam sistem pemakanan yang salah.

Jadi kita umpama mengambil daging segar dalam kuah yang basi. Tidak memberikan impak yang terbaik.

Perlu kita amalkan keseluruhan sistem pemakanan yang ada di dalam al-Quran, baru kita akan sihat dan selamat.

Baca juga Ramai nak jimat kos, makan pun cuma dua kali sehari, doktor ini beritahu kesan buruk bila dah masuk 40an nanti

Baca juga Mahu ‘kekal muda’, ini enam tips daripada suri hati tokoh pemimpin yang boleh dicontohi