Penyanyi dan pelakon, Zarina Zainoordin mengakui selesa memilih pasangan dari luar industri seni sebagai teman lelaki.
10 tahun mengenali hati budi masing-masing, membuatkan Zarina memilih ahli perniagaan berstatus duda dua anak.
Menurut Kosmo, Zarina akui selesa bercinta dengan lelaki berusia 52 itu, tambahnya kedudukan kewangan teman lelakinya yang kukuh menguatkan lagi hubungan mereka.
“Kami sudah 10 tahun rapat dan dia bapa kepada dua anak yang masih belajar di sekolah menengah.
“Dia juga bukan dalam kalangan orang seni kerana saya memang elak bercinta dengan artis, saya pilih yang berduit.
“Dia pun tahu kenapa saya pilih dia yang tak pernah berkira, tahu-tahu duit bulanan rumah dia dah bayar,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Pernah hampir berkahwin dahulu, Zarina pilih untuk tidak terburu-buru menamatkan zaman bujang walaupun usia sudah masuk 4o tahun.
“Kalau ikutkan saya memang sudah lama bersedia untuk berumah tangga iaitu sejak zaman sekolah lagi.
“Tapi tidaklah sampai tahap tertekan sebab sekarang masih belum berkahwin pada usia 40 tahun.
“Bahkan keluarga dan saudara mara tak pernah tanya soal jodoh, kecuali sesekali apabila balik raya terasa juga ketika dikelilingi mereka yang sudah berkahwin,” tambahnya.
Bagi Zarina, puncanya tidak mendirikan rumah tangga sebelum ini adalah kerana sibuk mencari rezeki demi keluarga dan tidak menolak jika sudah sampai masa bergelar isteri.
Baca juga: “Benda lepas tapi manis dikenang”, Erra Fazira sahkan Awie tujukan lagu ini padanya