Malaysia Dateline

Elak cetus konflik perkauman, yakin kemampuan polis

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan dukacita dengan pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang sebelum ini berdepan keadaan kritikal di Institut Jantung Negara (IJN).

Mewakili AMANAH, saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham.

“Saya yakin seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, perpaduan dan kedamaian akan menangisi pemergian Allahyarham yang boleh saya sifatkan sebagai pegawai yang  berdedikasi dan berani berdepan risiko.

“Dalam pada itu, saya juga yakin kecekapan pihak polis untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka keadilan,” ujarnya dalam kenyataan petang ini.

Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut menyeru menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru dengan mengapi-apikan isu di media sosial sehingga berisiko mengundang konflik yang lebih buruk.

“Sebaliknya yakinilah kecekapan pihak polis untuk bertindak mengikut lunas perundangan dan kuasa yang dimiliki,” katanya.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib selesai dikebumikan pada pukul 1.50 petang di tanah Perkuburan Masjid Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah hari ini.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.41 malam semalam.