Malaysia Dateline

Elak Covid-19 merebak, BN tidak bertanding PRK Batu Sapi

Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan tersebut diambil ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Keputusan ini dibuat kerana BN merasakan Covid-19 hendaklah dielakkan dari menular sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan, sebagaimana yang dialami sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Zahid yang juga Presiden Umno berkat, BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak.

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi yang masih menjalani kuarantin di kediamannya.