Malaysia Dateline

Elak Islam terima padah, Melayu usah suka tiru orang Arab

Didapati ramai orang kita suka meniru gaya bacaan imam di Mekah atau Madinah apabila menjadi imam solat.

Dipura-purakan sengau seperti Arab, padahal lubang hidung Melayu tidak cukup luas untuk sengau sebegitu.
Sebenarnya tidak perlu pun begitu. Bacalah al-Quran dengan irama kita, irama Malaysia atau irama Nusantara.

Bukanlah irama Malaysia seperti dalam genre muzik, tapi yang sesuai dengan kerongkong, lidah dan hidung kita.

Orang kita suka tiru orang Arab. Entah kenapa. Mungkin kerana orang kita faham Arab dan Islam sinonim.
Akhirnya, oleh kerana dirinya berjubah atau berserban, diri dirasa lebih Islam daripada orang lain.

Akhirnya, wujudlah istilah “makanan sunnah” atau “minuman sunnah”. Entah dari mana istilah sebegini datang. Mangsa kepada semua itu ialah keindahan Islam. Kerbau punya tahi, lembu dapat busuk.

Oleh kerana negara-negara Arab bukanlah negara sehebat negara bukan Arab, dan oleh kerana Arab disinonimkan dengan Islam…

Kemunduran Arab dikata kemunduran Islam, kebobrokan Arab dikata kebobrokan Islam. Arab yang bermasalah, Islam yang terima padah.