Elak kemalangan di musim perayaan

Elak kemalangan di musim perayaan

Sambutan hari raya di kampung telah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia .

Namun, dalam keghairahan untuk pulang ke kampung, persiapan mental dan fizikalperlulah dilakukan agar perjalanan menjadi selamat.

Dalam hal ini, Yadim ingin mengambil kesempatan memberi nasihat kepada pengguna jalanraya yang mahu pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati kerana potensi berlakunya kemalangan adalah besar apabila terlalu banyak kenderaan di jalan-jalan raya.

Sikap gopoh, hilang sabar dan pertimbangan fikiran yang goyah dikenal pasti sebagai punca kemalangan yang terbesar berbanding faktor mekanikal dan fizikal.

Sekiranya kita berasa letih dan mengantuk hendaklah berhenti rehat dan buatlah sedikit senaman ringan. Agama menuntut kita supaya bersederhana dan tidak terlalu teruja sehingga hilang tumpuan

untuk sampai ke destinasi.Meskipun, kemalangan kerap dilaporkan saban tahun, namun ia tidak banyak memberikan kita kesedaran, kerana angka kemalangan terus meningkat terutamanya menjelang musim-musim perayaan.

Umat Islam juga seringkali menerima kemalangan sebagai takdir, walhal insiden itu sebahagian besarnya dapat dielakkan jika kita memandu dengan sabar, disiplin, tidak mementingkan diri dan
mengambil langkah berhati-hati.

Dapatan kajian yang pernah dilakukan, memberikan kesimpulan bahawa 80 peratus kemalangan adalah disebabkan oleh faktor kecuaian manusia sendiri manakala hanya 10 peratus adalah disebabkan faktor fizikal dan selebihnya oleh faktor-faktor seperti jarak penglihatan yang rendah (disebabkan hujan) ataupun masalah kenderaan yang tidak diselenggarakan secara berkala.

Langkah berhati-hati dan sentiasa beringat sebelum kena perlu diambil dan tidak sesekali menyalahkan takdir kerana ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan keyakinan agama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:”Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berlaku baiklah sesungguhnya Allah SWT sukakan orang yangmelakukan kebaikan” (Surah al-Baqarah ayat 195).

Islam sentiasa menyuruh kita berhati-hati dan sentiasa mendoakan keselamatan. Antara doa lazim yang diajarkan kepada kita ialah di dalam al-Quran surah Al qasas ayat 85.

آُMaksudnya: Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) AlQuran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang
engkau ingini dan cintai.

Demikian juga perjalanan tersebut hendaklah dimulakan dengan doa yang selalu diajar antara ialah lain.

YDP  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nik Omar Nik Aziz.