Penceraian antara pasangan pelakon dan guru tari profesional Que Haidar dan Linda Jasmine Hashim mengejutkan ramai pihak selepas 15 tahun usia perkahwinan.
Namun tidak terdengar langsung kontroversi mahupun desas desus keretakan rumah tangga seperti pasangan selebriti lain.
Jelas guru tari berusia 52 tahun itu, dia tidak mengalami kesukaran membesarkan anak seorang diri dan berkongsi hubungan dengan Que masih baik seperti biasa lapor Harian Metro.
“Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja (selepas perceraian).
“Hubungan saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah.
“Memang kami okay, tiada masalah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama dia memaklumkan dirinya dan Que bersetuju untuk tidak berkongsi isu peribadi kepada umum.
“Memang saya cuba elak ‘as much as possible’ daripada apa-apa khabar (di media sosial). Sebab bagi saya, ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak ‘share’ (kongsi) dengan semua orang.
“Jadi, saya rasa tak perlu kot. Tak perlu, tak perlu (buat sebarang perkongsian hal rumahtangga). Saya juga tak nak macam kecoh-kecoh yang tak sepatutnya, tak diperlukan pun,” katanya.