Malaysia Dateline

Elak lalui Jalan Maarof, Bangsar

Orang ramai diminta mengelakkan Jalan Maarof, Bangsar ekoran tanah mendap dan merekah yang berlaku di jalan berkenaan malam tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kejadian itu berlaku ekoran hujan lebat yang melanda ibukota malam tadi.

Beliau yang ke tempat kejadi berkata, keadaan itu merbahayakan kepada semua lalu lintas dan perlu dielakkan.

“Ia berlaku selepas hujan lebat dan ribut berlaku malam tadi,” kata Fahmi melalui Facebook Live beliau yang datang ke situ sebaik sahaja kejadian berlaku selepas solat di Masjid Bangsar.

Bagi beliau, keadaan itu sangat bahaya kerana air sudah mengalir deras di bawah jalan itu dan menyebabkan jalannya mendap.