Malaysia Dateline

Elak sesak di lebuh raya selepas cuti Aidilfitri, ini tips bila waktu sesuai mulakan perjalanan

Selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing, warga kota mula pulang hingga menyebabkan aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mengalami kesesakan.

Sehingga lewat malam tadi, trafik di Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di kebanyakan kawasan dilapor pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sesak. Turut sesak laluan dari selatan dan timur.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya elok membuat perancangan untuk pulang ke ibu kota bagi mengelak terperangkap bersama jutaan kenderaan yang sedang berasak.

Seorang pengguna Facebook, Lintau Lintau berkongsikan tips pulang tanpa perlu terperangkap dalam lonjakan trafik semasa musim perayaan:

Pemilihan waktu paling penting. Gerak sejam setengah sebelum Subuh atau betul-betul sesudah Subuh
Kerana apa?

Kerana ramai yang tidak sanggup korbankan tidur mereka untuk buat perkara ini. Saya dah praktik lama cara ni, InsyaAllah selamat semua.

Jika destinasi jauh, perlu bermalam semasa dalam perjalanan. Pemandu perlu rehat secukupnya.

Plus jangka jumlah trafik harian boleh meningkat 25 peratus kepada dua juta kenderaan antara 29 April hingga 9 Mei ini.

Baca Walaupun huru hara, Aidilfitri ini paling bermakna buat rakyat Malaysia