Malaysia Dateline

Elak terus terpalit skandal, Adun Teratai keluar DAP

Selepas seminggu meletak jawatan Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Bryan Lai Wai Chong hari ini keluar parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai itu mengumumkan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PH.

Lai berkata keputusan tersebut bagi mengelak DAP tidak terus terpalit dengan skandal tersebut.

“Saya tidak ingin nama parti yang saya cintai terjejas kerana masalah peribadi saya.

“Selepas membuat pertimbangan, saya memutuskan untuk keluar DAP dan menjadi Adun bebas yang pro-DAP dan pro-PH untuk berkhidmat di kawasan saya,” katanya.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil ekoran “serangan” berterusan diterima DAP berhubung dakwaan terhadapnya, walaupun setelah dia meletakkan jawatan dalam parti.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada DAP atas kesan terhadap parti daripada perkara ini,” kata Lai lagi.