Malaysia Dateline

Wan Anwar Wan Ibrahim

Elaun bulanan harus diteruskan kepada penyumbang dalam penerbitan ilmiah

Pemuda AMANAH Nasional (AMANAH) melihat pemberian elaun bulanan kepada 7 sasterawan negara perlu diteruskan kepada golongan lain yang turut menabur bakti, budi dan ilmu dalam penerbitan ilmiah di negara ini, kata  Naib Ketua Pemuda Wan Anwar Wan Ibrahim.

Beliau berkata pemberian elaun itu merupakan satu inisiatif yang sangat baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengiktiraf golongan sasterawan yang banyak menabur bakti dan budi untuk kemajuan masyarakat.

inisiatif itu ujarnya, hasil daripada usaha yang dilakukan oleh AhliPArlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperjuangkan nasib golongan sasterawan.

” Kami melahirkan kesyukuran dan merakamkan ucapan terima kasih atas usaha YB Datuk Seri Anwar yang tidak pernah lelah memperjuangkan nasib golongan sasterawan.

“Kami berharap dengan pemberian elaun ini agar golongan sasterawan yang lain dapat meneruskan perjuangan untuk memartabatkan dan mengembangkan kesusasteraan melayu dan mengharumkan nama Malaysia dalam bidang kesusasteraan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, Pemuda AMANAH seterusnya amat mengharapkan supaya Sasterawan Negara dapat terus menerbitkan karya-karya bermutu yang boleh mendidik dan membangunkan masyarakat sesuai dengan kedudukan mereka.

Menurut Anwar, pemberian elaun itu seiring hasrat kerajaan yang tidak mengetepikan usaha pemerkasaan pelbagai bidang termasuk sastera ketika negara memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

Selain berharap agar para Sasterawan Negara ini akan terus bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan dalam membangunkan semula tamadun Malaysia baharu.

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersetuju untuk meluluskan pemberian elaun penghargaan bulanan sebanyak RM5000 kepada 7 orang Sasterawan Negara.

Elaun bulanan itu telah diterima oleh ialah Datuk Seri Dr. A. Samad Said, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr. Mohd Anuar Rethwan (Anuar Ridhwan), Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala), Datuk Dr. Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Turut hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memuji tindakan Kementerian Kewangan atas pemberian elaun kepada para sasterawan itu.