Elaun Jusa A ke atas dipotong 10 peratus, sidang Parlimen  pada 16 Julai selama 20 hari

Elaun Jusa A ke atas dipotong 10 peratus, sidang Parlimen pada 16 Julai selama 20 hari

Elaun keraian bagi pegawai tinggi kerajaan gred Jusa A ke atas dipotong 10 peratus berkuat kuasa Julai ini.

“Ia sebagai langkah penjimatan kerajaan,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkannya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet  hari ini.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir turut mengumumkan sidang Parlimen akan bermula 16 Julai selama 20 hari.

Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Akta Antiberita Tidak Benar serta pindaan terhadap akta-akta lain akan dibentangkan pada sidang Parlimen itu.

Malaysia akan menghantar satu pasukan ke India untuk mengkaji program inovasi meningkatkan kecekapan sektor awam.

Berhubung skim kawalan harga barang bersempena perayaan Aidilfitri, perdana menteri berkata ia membabitkan 22 jenis barang kawalan yang akan dilaksanakan dari 8 sehingga 22 Jun.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk anggota Parlimen dan RM200,000 untuk pusat khidmat Anggota Parlimen akan disalurkan sebelum Aidilfitri.

CATEGORIES